Monday, August 27, 2012

Akhirnya Abah

Rasa tak terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan pertama tanpamu abah di sisi,
Syawal pertama tanpamu abah di sisi,
Lain macam rasanya,

Akhirnya tak sempat juga akak nak kotakan janji2 akak pada abah,
Akhirnya tak sempat juga abah nak ajar akak bawak kereta,
Akhirnya tak sempat juga abah nak berleter terus-terusan buat kerja dapur kat akak,
Akhirnya tak sempat juga abah tengok akak konvo kejap lagi,
Akhirnya tak sempat juga abah merasa gaji pertama akak nanti,
Akhirnya tak sempat juga abah jadi wali akak nanti,
Akhirnya semua dah berakhir kan abah kan.

Semoga kita bertemu lagi.
Mungkin esok. Mungkin lusa.
Bukan mungkin, tapi pasti!
Pasti nanti akak pun akan ikut abah. Abah tunggu aje ye.
Assalamualaikum.

Allahyarham Ismail bin Ahmad bin Jaama bin Raden Kesuma Wijaya

Person who talk no rubbish


Will miracle happen?
Mat Luthfi. Inspired me. I envy him. 
Just wanna hear him. Talk. Say something. Again and again.
Don’t stop. I just wanna hear you.
Make me strong. Again.


~Kenali beliau raja youtube.
Penuh kata-kata.
Penuh hiburan bermanfaat.
Terus maju Mat Luhtfi!~


What we did shows what we feel


Dahulu hobinya membaca. Novel-novel cinta, komik-komik shojou. Berangan. Bukan setakan angan-angan biasa, satu impian, dan cita-cita, bahawa segala kisah cinta itu akan dirasai sendiri di dunia realiti. Semuanya akan menjadi nyata. Nyata. Nyata. Nyata.

Dan tiba masanya sekarang, dia merasakan cinta. Bibit-bibit cinta mekar menyelubungi seluruh hidupnya. Ini bukan khayalan. Komik shojou, novel itu semua tak berkata bohong. Memang cinta itu...........bahagia!

Kerana segalanya sudah terzahir nyata, dia tidak lagi pelu komik-komik shojou, tidak lagi perlu novel-novel cinta. Untuk apa angankan cinta melalui bacaan sedangkan sudah bisa merasai di dunia sebenar? Indah.

Hobinya sudah bukan hobi lagi. Lenyap. Lenyap. Lenyap.

Tiba juga masanya.

Kini dia kembali semula kepada hobi asalnya. Giat membaca. Membaca. Membaca. Membaca. Malah lebih teruk lagi. Meski terus membaca. Meski cerita itu indah dan bahagia. Dia membaca dengan tangisan.

Siang, malam, pagi, petang, makan, minum, tidur, semuanya bersama bahan-bahan bacaan. Namun...Kosong. Kosong. Kosong. Hambar.

Penipu! Komik shojou, novel cinta semuanya menipu!

“Berhentilah. Dan,carilah hobi lain. Bukan hanya membaca novel, dan komik shojou, bacalah apa sahaja. Mungkin dengan membaca boleh mengubati yang terluka.”


Flirting


Main kayu tiga, selingkuh, curang, tidak setia.

Negatif,negatif,negatif,negatif.

Itu sahaja dalam fikiran kita bila perkataan tersebut muncul.

Meletakkan nama, gelaran kepada mereka yang berpasangan lebih dari satu.

Bukankah playboy,playgirl,kaki perempuan,itu lagi teruk? Dan maknanya dengan perkataan-perkataan yang di atas itu tidak sama langsung.

Kita lupa fikir,sebab,punca kepada munculnya perkataan selingkuhan,curang dan sebagainya itu.

Salah siapa? Sabar,jangan meletakkan 100% kesalahan itu di bahu mereka.

Letakkan diri kamu di tempat mereka yang digelar sebegitu.

Mungkinkah pasangan mereka sudah tidak mengendahkan mereka, tidak menghargai, tidak menjaga hati dan perasaan, mensia-siakan, menyakitkan?

Cinta bukan seperti yang kamu bayangkan yang indah-indah itu. Ia hidup. Ia punya rasa.

Pokok yang tidak dijaga, tidak dibaja, tidak disiram, tidak disayang juga akan layu dan mati akhirnya.

Permata yang tidak digilap,dibiar,lama-lama kusam juga bukan.

Bukan membela, tapi memperlihat kepada semua, kadangkala kita sering terlajak mentafsir sebelum menyelidik. Kita sering terlepas pandang yang satu percintaan itu datangnya dari dua perasaan yang sama saling menyayangi, mencurah tanggungjawab, komitmen, pada perhubungan yang ingin selalu dirasai kemanisan, kelembutan, kahangatan, kebahgiaan di dalamnya. Bukan begitu?

“Memang semuanya salah aku!!”


Cinta Rupa


Jika paras rupa menjadi ukuran cinta kamu buatku.
Aku mungkin tak sehebat itu.
Aku mungkin tak akan menjadi seperti yang kau idamkan.
Kerana aku cuma aku.

“Harapan itu sememangnya sesuatu yang palsukah?”



Wednesday, June 27, 2012

Hardship

"mama kena kerja kuat untuk kita semua 8 orang, Kalau dulu ada arwah abah - arwah bagi juga mama 100~200 tiap bulan untuk duit belanja walau pun cuma sikit. Sekarang kena pandai2 cari duit untuk kita semua, tak pe itu tanggungjawap mama - mama da janji dengan arwah nenek and arwah abah. Susah macam mana Mama akan tanggung dan jaga sendiri anak2 mama."


"cuma kadang kadang tak la mampu mama nak beli makan sedap2 dan jalan2.
tak tau lah esok lusa kalau Allah beri mama rezeki yang lebih. Boleh lah makan sedap sikit n jalan2 ya. maaf la atas kekurangan tu ya"

ya. a few conversation. just a short one. but have a deep meaning. am i too ungrateful?
God gimme live. God gimme siblings. God still gimme chance to call her "mom".
But still, i didnt stop complaining.
Im totally forgot shes the one im impress on since i was a little kid.
U are superb!


Monday, June 25, 2012

Kata-kata bosan

"[10:59:44 AM] Vietnam to hot: semalam 1 ari kat Myarmar. Pas tu balik Vietnam. 28 ~ 30 mama ke Medan Indonesia untuk audit.30 malam balik Vietnam untuk pindah kilang. penat sebab terkejar-kejar. elajar la rajin2 supaya hidup akak dan genersi kakak senang dan terjamin. jangan kerja cam mama - PENAT"

Banyak kali di ulang ayat yang sama. Banyak kali nasihat yang sama ber- ulang2. Sampai aku dah boleh hafal ayat tersebut.

Kadang2 aku bosan.
Bosan dengan ayat2 tu.
Sebab kadang2 nasihat yang disampai tak sama dengan apa yang ditunjuk.
Sebab kadang2 aku fikir nasihat macam mana sekali pun nasib tetap di takuk lama.
Sebab kaddang2 nasihat tu cuma kata2 untuk tutup kesalahan seseorang.
Sebab kadang2...

Ya, isu ibu bapa abai anak2 di rumah kerana urusan pekerja itu sudah jadi perkara biasa.
Mungkin kerana;
Kerja itu lebih penting dari segalanya,
Mengejar dunia itu penting,
Mencari rezeki untuk anak2 hingga ke luar negeri,
Semuanya kerana kesempitan hidup dan dunia yang semakin menggila,
Atau wang tak pernah cukup di poket,
Atau...

Ya, ibu, ayah, akan aku belajar, akan aku corak masa depan ku sendiri.
Campak la aku di mana pun, aku bisa hidup,
Meski bukan dengan kereta mewah besar,rumah besar,dan keluarga besar.
Aku bisa sendiri.
Walau sendiri, aku mungkin bisa bahagia.

Keluarga? Generasi?
Apa dalam bayangan aku.
Aku mungkin mencintai seseorang. Mengharap untuk dicintai semula. Tapi sampai bila?
Sampai bila dia akan terus mencintai aku dan tahap apakah cinta dia untuk aku jika kadang surut, kadang menghilang, kadang menyepi, dan kadang langsung tak muncul tiba.
Jika aku punya keluarga sendiri bersama dia, apa aku bisa bahagia?
Atau keluarga aku nanti akan sama sahaja seperti keluarga kita?
Dan anak2 aku akan terbiar di mana2?

Aku bosan dengan kata2. Aku bosan dengan janji2. Aku bosan dengan dunia. Aku bosan dengan semua.
Berhentilah dari berkata-kata. Yang tinggalkan aku sepi, biarlah selamanyas sepi, jangan di cari-cari, yang tak hiraukan ikatan keluarga, biarlah terus terbengkalai tanggungjawab mendidik ini, jangan diputar belit. Sesungguhnya aku bosan dengan tipu daya. Cukuplah aku terlatih sebagai penipu dunia.