Saturday, November 5, 2011

Article macho- sorrow pig!

Nama gua cahaya pertama. Gua dah lama tak menulis sebab gua dah lama delete pun blog gua. Namun kini gua rasa gua perlu menulis semula,perlu!

Gua memang kasar. Mungkin kasar ni buatkan gua nampak kacak dan macho serta kuat gagah perkasa. Sekadar pandangan serong gua.

Ok gua tak mahu merepek lagi. Gua hope lu orang stay baca sampai habis. Ini bukan propaganda mahupun dakyah yang nak gua sampaikan, juga bukan ceramah.

Gua mahu kongsi cerita, gua mahu semua ambil iktibar, gua mahu semua muhasabah diri kerana gua terpanggil untuk beri peringatan pada yang lain selain memberi pengajaran kepada diri sendiri juga.

Hari ni 5 November 2011, yes hari ini bermula cuti semester dan hari raya aidiladha buat warga UKM. Gua pulang ke rumah dengan hati yang berat.

Sesampai gua di bustand, gua di ambil mak terus menuju ke hospital. Gua nak story ini cerita supaya lu orang jangan jadi setan macam gua. Ini serius. 

Gua adalah admin yang serius tapi tak garang.

Lu orang semua ada ayah. Gua tahu. Gua pun ada bapak. Ok gua start nangis.

Gua tak rapat dengan bapak gua. Tapi gua tetap jejakkan kaki jenguk bapak gua yang terlantar di katil hospital. Gua bebai sekejap.

Gua memang mulut jahat, gua cakap banyak, gua cakap tak berhenti, gua tak fikir bila gua cakap. Tu gua admit salah gua.

Tapi sesampai gua di gua usang itu, gua senyap seribu bahasa. Mulut gua tak sedikit pun terbukak untuk berkata. Gua rasa diri gua pelik.

Gua hulur tangan salam tangan bapak gua. Sejuk.

Bapak gua dah tak macam dulu. Seringkas baik gua beritahu ni. Tangan gua pun turut gigil. Hati gua sebak. Salah gua ke?

Gua pelajar sains UKM, gua belajar banyak benda gua rasa, jadi gua tahu serba sikit apa yang doktor-doktor serta nurse-nurse tu buat kat situ. Gua tengok bacaan ECG. Dada gua degup kencang.

Gua pandang kiri katil, gua pandang kanak katil, depan, sekeliling. Penuh sesak dengan seraya makhluk yang bermacam emosi dan riak wajah. Sebetulnya gua nak kata, hospital bukanlah tempat lu orang jumpa manusia bergelak sakan. Memang itulah suasananya,suram.

Seketika air mata gua bergenang. Gua tahan daripada melimpah. Sehabis daya gua tahan. Gua tak tipu, gua tak pernah nak suka-suka menangis depan family gua, sebab gua hebat dari mereka semua. Gua kuat lagi. Tu yang gua rasa la. Tapi gua selalu-selalu nangis depan kawan-kawan gua. Selalu sangat.

Bukan sebab gua pondan. Gua nangis bukan sebab gua lemah, gua nangis sebab gua dah terlalu lama bertahan menjadi kuat.

Seketika pesakit lelaki tua di depan gua, tercungap2, gua saksikan dari awal sampai akhir. Dan kemudian gua dengar bunyi bip ini, “teeettt…..” satu nada, monoton, dan kemudian disusuli tangisan beberapa orang. Gua tak tahan.

Gua berlalu keluar hidu udara segar. Gua keluarkan semua air mata gua. Kepala gua berpinar. Macam-macam benda bermain di kepala gua.

Apa perasaan lu orang kalau lu orang berada di tempat gua masa tu? Lu orang tak faham kan?



Gua masuk balik wad,family gua layan bapak gua dengan baik. Tapi gua hanya tercegat di satu sudut dan diam. Masih lagi gua perhati sekeliling. Kemudian arwah di depan tu diusung keluar dan diganti dengan pesakit berikutnya,juga nazak.

Apa semua ni? Bentak hati gua. Gua cuba tenang diri.

Lalu gua duduk di sisi ayah gua, gua pegang kakinya yang tak serupa kaki, pecah-pecah,terkopak-kopak dagingnya. Gua ketepi rasa jengkel.

Gua rasa gua dah macam anak derhaka high level.

Gua ingat-ingat, dulu bapak gua sumbang sperma pada mak gua untuk dicantumkan dengan ovum supaya zigot terbentuk. Gua dilahirkan. Gua rasa ini satu kesalahan apabila gua lahir kedunia. Gua tak hargai sebuah kehidupan yang diberi.

Kini, segala rasa syukur gua panjatkan pada ilahi dengan rasa rendah diri ya amat.

Gua pegang tangan ayah gua. Gua renung wajahnya. Gua fikir, dulu gua selalu merungut muka gua ni banyak jerawat, tak cantik, dan macam-macam lah. Bila gua tengok bapak gua, tak sama macam gua. Kulit dia berkedut, kecut, dah tak ada daging, dah macam tulang sugguh! Sayu gua tengok! Seraya itu gua terus bersyukur melihat diri gua yang serba elok. Inilah manusia yang daif, gua insaf.

Bapak gua ni handsome, sebab tu dia ada dua isteri. Bapak gua ni tegap, badan besar, semua orang takut dia, dia garang tersangat-sangat, mana tak nya, bapak gua askar. Kadang gua bangga juga, kadang gua benci juga. Entah lah.

Gua tak suka lelaki garang. Bapak gua, tangan kaki semua pernah lekat kat gua, tali pinggang dia dah serik dengan badan gua, mungkin sebab itu gua tak suka bapak gua dulu. Gua memang anak derhaka. Sekarang gua insaf.

Sekasar-kasar mana gua, hati gua jadi lembut tengok bapak gua macam tu.

Gua letakkan kesalahan pada bahu gua. Mungkin bukan salah bapak gua. Gua tak mahu mendekati bapak gua sebab gua rasa asing, sebab bapak gua tak selalu bersama kami. Apakan daya..

Awkward. Salah gua sebab gua tak cuba perbaiki hubungan ni dari dulu. Gua sesal lambat besar, gua tak mampu fikir soal relationship masa gua kecik-kecik dulu. Dulu kecik-kecik gua hanya tahu nangis bila adik gua rebut puting dengan gua. Gua sesal lambat besar.

Salah gua.

Gua tengok ayah gua yang tegap dah jadi kering, lembek, dah tak macam orang. Gua tengok badan dia bengkak-bengkak kena cucuk sana cucuk sini. Kepala gua serabut tengok wayar-wayar berselirat sana sini di badannya. Gua rasa rimas tengok bapak gua bernafas guna alat pernafasan. Gua rasa pelik bapak gua yang dulu suka main terajang-terajang, tendang-tendang dah tak larat jalan, sampai kena pakai tiub untuk buang air kecik, kena pakai pampers yang gua guna masa baby-baby dulu.

Gua rasa ini sangat lain. Macam bukan bapak gua.

Perlahan-lahan bapak gua gerak, dia nak cakap sesuatu pada gua. Tapi gua diam, gua tak tahu nak buat apa, atau mungkin juga gua buat tak endah. Gua buntu. Gua dah serupa patung je. Awkward. 1st time gua rasa ni betul-betul gila.

Tu jam juga gua balik. Gua bebai. Gua rasa berat. Gua rasa bersalah.

Gua jalan terhuyung hayang tak rasa macam jejak tanah. Gua dah longlai. Salah gua.

Dalam perjalanan gua nangis puas-puas. Gua buka radio dengar takbir kedengaran, lalu gua mesej kawan gua yang juga dalam perjalanan pulang. Gua cuba berlawak, watashiwasukides. Spontan. Gua masih bebai.

Gua fikir ini :

Satu hari nanti gua akan rasa apa yang bapak gua rasa sekarang. Sakit,azab.

Gua akan rasa mati satu hari nanti. Mungkin dalam perjalanan pulang ini, mungkin esok lusa, mungin di hari tua nanti.

Gua akan rasa sedihnya saat-saat mengetahui ajal bakal menjemput.

Gua akan keseorangan dan ketakutan.

Macam mana la satu hari nanti anak gua layan gua macam gua layan bapak gua tadi.

Macam mana lah kalau gua tak sempat mohon ampun maaf pada bapak gua.

Sempatkah bapak gua jadi wali gua bila gua nikah nanti.

Sempatkah untuk gua bagi bapak gua rasa duit gaji pertama gua nanti.

Masihkah ada peluang untuk gua bentuk semula keluarga gua macam keluarga lu orang.

Sempatkah gua tebus segalanya.

Gua serabut.

Gua letak semua salah atas bahu gua. Salah gua.

Gua ada sorang kosmet nama zera, beberapa hari sebelum gua balik, gua sempat baca status fb beliau tentang hari jadi ayah beliau.

hari ni hari jadi abah. balik nt abah kne belanja adik mkn tomyam,kuewtiaw kungfu, buat mee bandung yg sedap giler tu,rendang ayam, kita smbut besday abah ramai2 oke! hadiah untuk abah da ade da, sesuai tuk abah yg selalu saket2 sendi tu,khas dr langkawi ooo. oh i love u so much. time kaseh jge adik,tahan kerenah smpi skrg. walaupun abah la abah,abah la mak sejak adik darjah 5,adik xpenah rase kurang mane2 pun abah jge adik.cukup mkn pakai smpai adik bam2 mcm ni. ckup semuanya dan adik sgt2 bersyukur sebab tu. abah kne jage kesihatan,jgn saket2 lg oke!balik ni adik masak mcm2 kt abah ye hihi i love u i love u i love uuu
Gua rasa gua a failure. Im a failure in creating a good bonding and relationship. Always.

Gua sebak. Gua tak mampu jadi seperti beliau dalam menjadi anak yang solehah. Gua impikan untuk buat semua tu satu hari nanti pada bapak gua. Sempatkah gua? Sempatkah?

Gua selalu doa untuk bapak gua lepas solat. Tapi sekadar cukup syarat. Mungkin gua tak cukup ikhlas. Gua sesal.

Salah gua.

Gua pasti lu orang rasa post ni spoil mood cuti lu orang. Harapan gua menerusi tulisan ini hanyalah untuk menyeru, mohonlah keampunan dan kemaafan kepada kedua orang tua kita, tak kira sesakit mana pun mereka lukai kita dulu, mereka tetap syurga kita. Jangan hanya jadikan hari raya sebagai medium untuk menyampaikan kemaafan. Kemaafan itu ikhlas dari hati, tak kira masa dan tempat. Jangan jadi seperti gua. 

Ambillah iktibar ini.
Salam aidiladha buat semua. Maaf zahir batin dari gua yang hina dina.