Saturday, April 20, 2013

Another memories to embrace


Salam,Hello,Hye!
Well here i am, again.
This time not to share opinion, complaining nor condemning.
So, let me begin with my story. Here what had happened:
This evening, when i came back from my fieldwork, i on my lappy, and straight away update any information in my facebook.
And i found a new update about my club's blog.
I read..and read..and smile...
I read...and read..and read..and the sky turns cloudy, as its like going to rain..
I read..and read...and read...and im crying,
I close my eyes, and one by one image start playing in my mind like a symphony.
All of the views, all of the moments, all of the tears, all of the laughter.
I put my hand on my chest, press it hard, cause it hurt..so much.
I feel the pain, deep inside.
I feel touched.
I feel...
Hurm, you dont understand it. Well you wont.
So here i am, telling you my dear what i feel. 
Another loser was born, she didnt realise it. Well thats me, i failed to hold my precious thing, to protect it, to defend it, to preserve it. I failed to keep the trust that have been given. 
To think about it, im so sad! 

Yeah..true..
What left is just a memory, moments that we used to cherish....together.
And so, you wanna let it just be a piece of memory? And lastly...it will become just another bed time story for your children? 
Anyone? 

This is the song that i want to dedicate to them, to my family, to my club. Listen to it while you read this..

Flying without wings




Flying without wings.

"Everybody's looking for a something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be"

It might be the strangest places to start with. But once you in, you will in, and you will truly find  the something that you want! And..it complete you!

"Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings"

Now, tell me, who dare to deny the joy it brings! They are special!

"Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry"


I still remember this is the first time i join them,moment that i cried alot, and feel wanna give up with them, but then,they make me believe that i belong here. And at the end we all together make laugh more than cry.
"You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much it means
You've found that special thing
You're flying without wings"


Friendship-they can describe it better than i do. Theres a saying, i have no one here except my thesis,my awek,and all of you!
So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
‘Cause who's to know which one you let go
Would have made you complete


yeah,even we've been driven out from the room, with him, we have the strength to still be together, fight for every dream. Dont ever give up! Ever!

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
‘Cause you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends


Here start my life, my glory day!
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings


We dont chase the victory. We are born the be a winner, inside of our very soul, we always a winner, always win to catch the heart of each other, to stay and work hard together. To always get up when we fall, and be there whenever ones need someone to interlock.
So tell me, will this be just a piece of story that we will tell others later?
Yeah..right,nothing can we do.
We begin it with passion and enthusiasm,and we end it with memories.

Tuesday, April 16, 2013

A vow. A promises that should not be broke.


I will never quit. I persevere and thrive on adversity. My Nation expects me to be physically harder and mentally stronger than my enemies. If knocked down, I will get back up, every time. I will draw on every remaining ounce of strength to protect my teammates and to accomplish the mission. I am never out of the fight. Now this is exactly what i do to you- I will draw on every remaining ounce of strength to protect NWI and to make her happy!

My loyalty to you beyond reproach. I humbly serve as a guardian you, always ready to defend when are unable to defend yourselves. I do not advertise the nature of my work, nor seek recognition for my actions. I voluntarily accept the inherent hazards of caring for you, placing the welfare and security of you before my own.


I serve with honor. The ability to control my emotions and my actions, regardless of circumstance, sets me apart from other men. Uncompromising integrity is my standard. My character and honor are steadfast. My word is my bond.


You are my symbol of honor and heritage. Bestowed upon me by you and it embodies the trust that I have sworn to keep. I accept the responsibility to take care of as way of life.It is a privilege that I must earn every day.

I will not disappoint you ever again!


Sunday, April 14, 2013

Hi!

It's been a long time since i wrote on this blog. 
I'm too lazy to write.
I'm too lazy to think.
But my life is getting better and everyday was a good and perfect.
Things start to happen more than what i expected.
Well, sister and brother, the world is not just full of failure, and hatred.
When you bump into them, don't give up, it's just another obstacles that you need to endure and pass through along the way. And, if you get up, and put more effort, strive, and move on, you gonna find something more than success and love. You'll rise and shine! 
Have a nice day and stay positive. 
Believe in yourself. Somewhere deep inside, we got potential. Lets start digging in and find it back! 


Saturday, February 16, 2013

Kura2 Malas

Rumput dah makin panjang. Lalang pun dah tumbuh meliar. Semak samun dah blog ni tidak berpenghuni.
Lately banyak merenung, termenung dan segala nung lah. Banyak pulak idea yang berlegar-legar di kepala. Simpan. Kemudian masuk dalam hati kata balik nanti aku nak taip. Tapi lepas sampai depan laptop, atas katil busuk ni, tangan jadi malas. Makanya hanya tengok movie sampai tengah malam dan terus tido dan kemudian bangun tido gosok gigi, sarapan, dan sambung lagi tengok movie sampai malam dan begitulah hari-hari yang membosankan selama sebulan membazir di UKM ni. Sekian.

Bukan tak ada kerja. Ada lab. Tapi disebabkan ada masalah teknikal,jadilah aku penganggur terhormat dengan hidup yang super bosan di UKM ni.

So malam ni aku tak adalah nak taip mende. Just nak bagi start engine blog ni. Lagi pulak dah nak start sem. Mesti lagi sibuk dan mesti lagi malas lah aku nak menaip di blog ini.

Kesian.

Banyak benda aku nak taip sebenarnya. Banyak. Sampai aku tak tahu nak taip mana satu dulu. Dan aku rasa ada story baru yang aku nak taip. Ish. Malas. Malas. Malas tau tak. Malas nak fikir. Malas nak taip. Malas nak mandi. Malas nak keluar bilik. Malas nak buat semua benda. Tak tahulah kenapa tahap kemalasan ni semakin memuncak-muncak. Patutnya dapat result yang baik jadi makin bagus, motivate diri untuk jadi better. 

Argh..the thing is, hurm..aku rasa faktor aku jadi macam ni sebab perasaan ni la.
Aku rasa something.
Aku rasa lack something.
Ada benda yang tak kena.
Ada benda yang aku kena pergi settlekan segera.

Not again!

Ok. dah jauh merepek. tak apa. bukan orang kesah aku merepek sorang2. 

Ok lah. Selamat  Menghadapi Cabaran Akhir Sem Cik NWI. 

Monday, January 28, 2013

Permulaan yang baik

Semalam, aku lihat dia di situ. Diam. Sekilas aku memandangnya seakan dia melambai ke arah ku sambil tersenyum. Aku tidak mampu membalas senyumannya. Perit. Dada ini terasa perit. Langkahan aku semakin perlahan. Aku takut untuk semakin mendekatinya. Semakin aku dekat bererti semakin aku perlu melepaskannya.

Hari ini, aku masih lihat dia di situ. Di ruang itu. Di tempat yang sama. Menanti aku. Tersenyum padaku. Kali ini aku betul-betul yakin senyuman itu memang untukku. Aku membalas senyumannya. Aku berjalan dan berjalan sehingga melepasi dia di situ. Aku tidak berhenti. Aku tidak juga menoleh ke arahnya meski aku sudah jauh ke hadapan. Sudah tiba masanya. 

Mungkin hari-hari mendatang aku akan lihat dia lagi di situ. Mungkin. Aku akan balas senyumannya. Dengan ikhlas. Kerana aku sudah lama berjalan ke depan. Aku sudah lama ke depan. Aku sudah mula mencari arah laluan yang patut aku tuju. Tahniah! 

le me looking forward to the future~

Friday, January 25, 2013

Love Yourself More part 1

I wanna write more. Express more. Not just the bad things also the good one.
Oh ye, Assalamualaikum...

Tak ada orang pun still kena bagi salam. Hurm.

Saya NWI selaku big boss dalam forensic and molecular entomology sdn bhd dengan ini berazam untuk teruskan niat dan usaha murni untuk:

1) Banyakkan bacaan.
2) Banyakkan tulisan.
3) Banyakkan contengan.

Since sekolah rendah, saya start menulis novel. Bacaan yang saya suka adalah tulisan-tulisan A.Samad Said. All the teachers know that i like to write stories, even mama knows that i adore Dato' A.Samad Said long before.

 I start like to write when teacher praise me for my karangan which full of imagination and she said it was an interesting story to share with. But the only problem is.... this is what the cikgu said "cerita kamu bagus. menarik. kamu ada idea yang bagus. cuma penyampaian kamu tu ada sikit masalah. tak ada flow. susunan kurang baik. macam ada sikit serabut."

well, thats  me. I try and try and try. But still, cant manage to organize that, and kadang2 ada redundant dalam tu. Aih.. mungkin sebab terlalu excited menulis. Macam sekarang lah.

Masuk high school, i develop more the skill. Not only with essay, short stories, also poems either in English or bahasa.

I start like to read also from my primary school. Like to read buku cerita. Cerita dongeng. Mungkin encourage by mama. Asal jalan-jalan je, mesti aku minta beli satu buku cerita. Its a good habit. Kalau nanti anda nak anak-anak anda rajin dan suka membaca, develop benda tu dari kecil. Kenalkan dengan buku. Beli buku banyak-banyak. Expose mereka pada surrounding macam tu. They will develop the interest.

Tapi itu dah lama. Masa kecik2 kan. Sayangnya aku pada semua koleksi buku2 aku. Aku label ikut nombor, susun ikut nombor, tape keliling kulit buku bagi tak nak rosak. Peliknya, aku sorang macam tu dalam famili.

Ah, bestnya kalau mama keep encourage belikan buku kat aku. Atau aku ni anak tunggal yang mama perlu bagi perhatian kat seorang anak saja. Jadi kehendak aku semua pasti dapat.

Bila dah ramai sangat adik, mama terlalu banyak komitmen lain, dan aku terpaksa mengalah. Dan lama2 tiada lagi buku di rumah. What a waste.. Sayang.

After that, timbul minat melukis dan mewarna. Benda tu aku rasa semua budak suka masa kecik2 dulu kan. Sejak tadika lagi, cikgu dah galakkan aku mewarna. Jemput aku dari rumah pergi pertandingan mewarna. Yeah, dapat tempat saguhati sahaja. Bawa pulang hadiah dengan muka yang bersinar-sinar.

Masuk sekolah rendah, aku mula try melukis and mewarna bukan dengan kayu pensel sahaja, but also with crayon, and water colour. Mungkin sebab aku sangat tertarik dengan lukisan tangan abah yang cantik dan nampak real. Abah kalau bab2 seni, first class. Aku sangat kagum. Dan dari situ aku belajar buat kerja sekemas abah.

Even, dari sekolah rendah lagi, aku dah arrange satu pertandingan mewarna bagi sekolah rendah tahun 1,2,3 dan pertandingan melukis bagi tahun 4,5,6. Pertandingan kecik2 antara jiran-jiran tetangga. But, still satu usaha yang aku rasa excellent yang pernah aku buat. Dapat sambutan yang juga agak baik. Ohsem!

Masuk menengah atas, banyak benda yang best2 ni aku tinggalkan dan lupakan. Aku mula entah ke mana-mana. Orang bodoh macam aku kata, cinta melengkapkan anda. Anda tak perlu apa2 lagi lepas ni. Hanya dia dan anda. Complete. Ecece!

So, dari suka membaca novel-novel. Aku tinggalkan ia.
Dari suka menulis dan menaip cerita-cerita mengarut tu dan puisi-puisi meremang tu. Aku terus berhenti.
Dari aku suka melukis hinggalah melukis anime-anime. Aku tenggelamkan terus benda tu.
Semuanya sebab...

Ah mengarut semua tu!!

Makanya kawan-kawan. Dont be like me. Dont watse ur precious time and talent and passion on things that u unsure will always be urs.

Jangan sebab anda discover sesuatu yang baru, anda tinggalkan segala yang baik macam tu sahaja. Example, jangan sebab anda dah ada girlfren/boyfren/apa2 fren la kan, anda dah tak buat lagi benda2 yang anda selalu buat. U know what, we should and always can be ourself. If it is good in that way, don't change it. Just be urself and do what u want. Ok? =)

Live while we young. Just live ur life. Jangan give up on things u like to something that is not sure. Because one day, when u lost it, u will be nothing. zero. Don't be like me or u shall regret. Live ur life to the fullest! =)

Biskut gula

Ingat lagi?

Bintang Tak Selalu Ada

Nurisha melihat ke arah Aman yang sedang lena. Dengan linangan air mata, Nurisha melangkah keluar. Dengan perlahan, pintu bilik yang terkuak tadi ditutup rapi.

********************************************

"Ok, kita jumpa nanti," balas Nurisha ringkas. Nurisha memasukkan telefon bimbitnya semula ke dalam poket seluarnya. Hujan lebat, tetapi Nurisha masih tegar duduk di situ. Di situlah tempat dia dan Aman duduk bersama buat pertama kali. Di situlah tempat pertama kali tangannya digenggam lembut oleh Aman. Segalanya tergambar jelas. Nurisha memejamkan matanya membiarkan hujan memamah tubuhnya.

Malam itu mereka berjanji untuk berjumpa untuk makan malam. Niat Nurisha hanya satu, ingin mengutarakan beberapa pertanyaan yang selama ini terpendam di hatinya. Ingin berbincang tentang mereka. Ingin mendengar apa yang sepatutnya didengar dari dulu.

Selesai makan, Nurisha membawa Aman ke satu sudut, menghadap laut malam. Meski bertemankan bintang di langit, Nurisha masih boleh nampak wajah Aman, tenang, seperti tiada apa yang berlaku. Darahnya gemuruh. Tangan Aman digenggam erat, namun tiada balasan.

"Boleh i nak tanya u something?," Nurisha mula bicara.

"Ermm," angguk Aman.

"Kenapa u selalu hilang-hilang? U pergi mana?"

"I kerja"

"Kenapa u senyap je lepas i hantar msg?"

"i penat. i tertido."

Suasana senyap.

"U datang sini hari tu kan. Tak bagi tahu i pun apa2.Jenguk i pun  tak. Kenapa?"

"I ada event kelab kereta."

"U datang jauh-jauh ke sini semata-mata nak jumpa member?," Nurisha memandang tepat ke arah Aman. Aman melontarkan pandangannya jauh-jauh ke laut. Mata tidak lagi bertemu. Suasana senyap. Letih dengan pertanyaan-pertanyaan bertalu-talu seperti itu. Sudah tidak ada soalan lainkah yang mahu Nurisha tanyakan. Sudah tidak ada benda lainkah yang boleh menjadi topik perbualan mereka malam ini. Sudah berbulan-bulan tidak ketemu, tidak berhubung langsung selama tidak ketemu itu, tidak ada benda lainkah yang ingin dikongsi? Aman mengeluh di dalam hati.

Nurisha pula sudah tidak mampu bertanya, kerana dia tahu, dia tidak akan mendapat jawapan yang dia inginkan. Tiada kepastian. Tiada jawapan yang mampu melegakan hatinya. Hambar. Dia sendiri tidak pasti akan tahap hubungannya kini. Terkapai-kapai tanpa tuju. Perlahan diseka air matanya sebelum disedari Aman. Dia tidak mahu menagih simpati lagi. Biarlah dia menanggung keperitan ini. Dia memegang perutnya.

"Jom kita balik," Nurisha berjalan mendahului Aman ke kereta mereka yang terletak agak jauh dari tempat mereka duduk tadi. Aman hanya mengekor. Dia tahu, keadaan pasti akan menjadi lebih keruh dan rumit, tetapi dia tidak tahu apa yang harus dia buat. Dia sudah terlalu letih.

Sepanjang perjalanan ke arah kereta, Nurisha semakin sebak. Hatinya terasa jauh..sayu..Salahkah dia mengharapkan Aman melayannya seperti lelaki lain melayan teman wanitanya. Salahkah Nurisha memohon perhatian dan kasih sayang. Salahkah Nurisha mengambil berat dan bertanyakan apa-apa sahaja yang dilakukan Aman pada masa sekarang.

"Kita dah tak serasi," perlahan suara Aman menusuk ke dada Nurisha. Nurisha sudah tidak mampu menahan sebak. Dia tersedu-sedu. Aman mula rasa bersalah, tetapi dia hanya kaku. Tidak mampu berbuat apa. Hendak menarik balik kata-kata, sudah terlepas. Hendak memujuk, dia tidak pasti akan berkesankah. Dia hanya membiarkan Nurisha melayan perasaannya sendiri. Aman memegang stereng keretanya, dan mendengus perlahan.

Beberapa minit dibiarkan Nurisha di tempat duduk sebelah melepaskan sedihnya. Buat masa ini, itu sahaja kata-kata ikhlas yang mampu dilafazkan. Pada Aman, dia perlu jujur dalam perkara seperti ini.

Perlahan-lahan, Nurisha membaringkan kepalanya ke bahu Aman. Tangan Aman digenggam lembut. Nurisha mencium tangan Aman. Hangat. Aman membiarkan sahaja Nurisha berbuat begitu. Mungkin itu akan melegakan sedikit hati Nurisha.

"I rindu U yang dulu Aman," perlahan suara Nurisha. Sedu sedannnya masih kedengaran, namun suaranya mampu sampai ke telinga Aman. Aman mengesat saki baki air mata Nurisha. Perlahan dahi Nurisha dikucup lembut.

Malam itu mereka ke rumah Aman. Teman-teman serumah Aman sudah pulang ke kampung bercuti. Malam itu hanya Aman sendirian di rumah. Nurisha melangkah masuk ke kamar Aman, dan segalanya menjadi kelam. Kelam dalam kehangatan malam.

*********************************
Aman yang Sha sayangi..
Terima Kasih untuk segalanya,
Terima Kasih sebab bertahan dengan Sha dan tak pernah ucap selamat tinggal pada Sha.
Terima Kasih sebab faham Sha.
Terima Kasih sebab sudi terima Sha dalam hidup Aman.
Terima Kasih sebab sudi luangkan masa dengan Sha.
Terima Kasih sebab jadikan Sha princess Aman dan sayang Sha.
Sha hargai semuanya.
Jika kita memang tidak ditakdirkan bersama macam kata Aman, 'kita dah tak serasi' , Sha doakan Aman sentiasa bahgia dan berjaya dalam hidup. Kejarlah cita-cita dan kehidupan Aman.
Salam sayang,
Nurisha Zurina.

**********************************
"honnnnnn!!! honn!!!!," bunyi yang membingitkan telinga segera membuatkan Aman bangkit. Aman terus ke tingkap biliknya mencari-cari arah datangnya bunyi hon kenderaan tersebut.

"Woi, orang nak tido la!!," jerit Aman. Aman kembali ke katilnya. Dilihat Nurisha sudah tidak ada di katil. Aman memanggil-manggil Nurisha, tetapi tidak bersambut. Barangkali di dapur, tetapi juga tidak ada kelibat Nurisha.

Sehelai kertas putih terlipat rapi diletakkan di atas meja bilik tidurnya dengan sebatang pen miliknya yang diberikan Nurisha dulu. Aman membacanya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Apa yang aku dah buat ni?," Aman terus mencapai pakaiannya yang bersepah-sepah di lantai semalam, terus menyarungnya dan mencapai kunci kereta. Aman memandu laju. Fikirannya satu, halatujunya satu, ke rumah Nurisha.

Dua jam 30 minit perjalanan, dan akhirnya Aman terpacul di hadapan muka pintu rumah Nurisha. Rumahnya kosong. Aman menelefon Nurisha. Tiada jawapan. Pesanan ringkas juga tidak berbalas sedari tadi. Aman bergerak ke tempat kerja Nurisha, mana tahu kalau-kalau ada sesiapa di sana yang tahu ke mana Nurisha pergi. Sesampainya di sana, Aman diberitahu bahawa Nurisha sudah berhenti kerja 2 hari yang lalu dan tiada siapa yang tahu ke mana Nurisha pergi. Aman mula tidak sedap hati. Aman cuba mencari Nurisha ke rumah orang tuanya, malangnya, keluarga Nurisha juga sudah berpindah rumah beberapa bulan yang lalu. Aman mula buntu.

Berbulan-bulan lamanya, Aman terus mencari Nurisha. Hampir semua rakan-rakan Nurisha Aman sudah bertanyakan tentang Nurisha. Malangnya semua mengatakan tidak tahu ke mana Nurisha pergi. Laman muka bukunya sudah dinyahaktifkan. Aman berputus asa. Mungkin ini pengakhirannya. Mungkin ini yang terbaik buat mereka. Mungkin ini apa yang dia inginkan selama ini.

Dua tahun kemudian, Aman terserempak dengan sahabat baik Nurisha di pusat membeli belah, Ani. Pandangan Ani apabila bertembung dengannya membuatkan Aman tidak selesa, seperti dia ada berbuat salah. Aman tidak berpuas hati apabila salam dan tegurannya tidak diendah Ani. Lantas Aman menahan Ani.

"Kau dah kenapa, macam aku ada buat salah je. Aku tegur pun muncung bukan main tajam."

"Hei, kau tu yang dah kenapa. Pasal kau la Nurisha jadi macam ni!," herdik Ani. Matanya bulat memandang Aman. Dadanya turun naik menahan amarah.

"Nurisha?," Aman kerut dahi.

"Kenapa? Kau dah lupa? Kau dah lupa sapa dia?"

"Aku dah lama tak jumpa dia lah wei. Dah lama lost contact pun. Rilek la, cakap macam nak gaduh je."

"Kau ikut aku sini Man!,"Ani menarik tangan Aman laju ke keretanya.

"Eh, eh, apa ni, ko nak kidnap aku ke apa?"

"Ikut je lah!," Ani bertegas. Aman menurut sahaja. Wajahnya mula berombak kerut. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Ani.

Mereka tiba di satu tempat asuhan kanak-kanak. Di situ mereka mengintai kelibat seorang bayi, yang mula merangkak perlahan. Memegang satu kereta mainan sebesar badannya. Leka bermain tanpa mempedulikan kanak-kanak lain yang seusianya di kawasan itu.

"Kenapa bawak aku pergi sini? Nurisha ada sini ke apa?," Aman mula berteka-teki.

"Ko nampak budak pakai baju merah tu?."

"Mana?,"Aman mencari-cari budak yang ditunjuk Ani tadi. Bukan seorang dua kanak-kanak yang di tempatkan di pusat asuhan ini. Aman masih memerhati kanak-kanak mengikut jari telunjuk Ani.

"Yang pakai baju merah dengan kereta mainan tu," balas Ani.

"Baby baju arsenal tu?," tanya Aman. Ani mengangguk lemah.

"Dah kenapa? Nak suruh aku ajar budak tu main bola power macam Arsenal ke apa?," Aman tergelak kecil. Ani membulatkan matanya, merah. Disebabkan Ani kelihatan sangat serius, Aman kembali senyap.

"Baby tu lahir setahun yang lepas. Terus ditempatkan kat sini. Aku mula nak jaga, tapi, laki aku kata tak payah lah, anak aku pun dah ramai, tak mampu aku Man. Kalau tak aku dah bela dah dia," Ani memandang Aman sayu.

"Sudahlah, jom balik," Ani mula membuat langkah pusingan untuk ke kereta semula.

"Eh, kejap, motif apa ni? Aku tak paham. Ko bawak aku sini, tunjuk baby, lepas tu mengeluh anak banyak la apa la, lepas tu balik? Membazir masa aku tau tak," Aman menggeleng kepala.

"Kau tak tahu ke Aman," langkah Ani terhenti. Ani menoleh ke arah Aman. Matanya mula berkaca. Aman tidak sedap hati. Adakah kata-katanya tadi terlalu kasar hinggakan boleh menyebabkan seorang perempuan menangis?

"Nama budak tu Aman. Sama nama macam kau. Dia dilahirkan tahun lepas, tak silap aku 8 Januari lepas."

"Oh..ok,"balas Aman pendek. Dia tidak mahu bercakap panjang. Takut kalau-kalau Ani menangis tiba-tiba, nanti dia akan dituduh melakukan kekerasan pada wanita pula. Dia yang susah nanti.

"Aman, Aman tu anak Nurisha Man!,"terang Ani hampir terjerit. Digoncangnya tubuh Aman berharap Aman segera tersedar, dan usah angankan mimpi sampai ke syurga. Hidup yang tenang dan senang tidak selalu ada.

Aman terdiam seketika. Kepalanya ligat berpusing. Fikirannya melayang jauh.

Anak.

Nurisha.

Anak.

Nurisha.

Silih berganti perkataan itu di fikirannya. Aman tidak mengerti.

"Aku tak paham Ani. Apa kaitannya dengan aku?," Aman terduduk. Berteka-teki sendiri. Adakah? Adakah? Adakah?

"Ye, Aman tu anak kau dan Nurisha. Nurisha menghilangkan diri setahun sebab dia mengandungkan anak kau. Dia tahu kau tak mampu beri komitmen. Dia tahu kau sibuk. Tapi dia nak jaga anak ni. Dia bertahan 9 bulan seorang diri Man. Dia hidup tanpa sokongan siapa-siapa. Bila dia dah sarat barulah aku tahu mana dia tinggal. Selama 9 bulan tu, dia ada je dekat2 kita, dia selalu perhati kau pergi balik kerja, dia ada dengan kita Man. Cuma kita yang tak perasan dia, termasuklah aku kawan baik dia ni. Dia derita sendiri Man," rintih Ani tersedu sedan. Mutiara jernih semakin mencurah-curah. Tidak cukup dengan kain tudungnya, habis lengan bajunya menjadi mangsa sapuan air mata yang mengalir deras.

Aman terdiam. Terbungkam. Lidahnya kelu. Dadanya sarat. Sakit. Pedih. Terkilan. Semuanya. Dia segera alihkan padangannya pada bayi tadi. "Aman...anak ayah..," Aman melangkah segera mendapatkan bayinya. Bayi Aman terus dirangkul, dipeluk dan dikucup. Pengasuh di kawasan tersebut terpinga-pinga melihat Aman, tetapi setelah melihat Ani memberi isyarat tenang, pengasuh tadi membiarkan Aman dengan bayi tersebut.

"Mana Nurisha? Mana Sha Ani? Aku nak jumpa dia sekarang!," bentak Aman. Bayi Aman masih dirangkulannya.

Ani diam.

"Aku tanya, mana Sha. Jawab la Ani!," Aman meninggikan suaranya. Ani hanya menangis. Dia tidak mampu meluahkan dari mulutnya. Segalanya terlalu berat. Ani mula rasa bersalah membocorkan segala rahsia sahabat baiknya sedang dulu dia sudah berjanji ini hanya akan menjadi rahsia dia dan Nurisha. Tapi Ani sudah tidak mampu menahannya lagi. Setiap hari melawat bayi Aman, dan kadangkala terserempak Aman berhampiran kawasan tersebut. Tidak adil bagi seorang bayi ini untuk tidak mengenali siapa ayahnya sedangkan ayahnya ada berhampirannya. Tidak adil bagi Nurisha untuk terus menerus menanggung segala keperitan seorang diri. Tidak adil untuk Aman yang tidak tahu apa-apa tentang Nurisha dan anak yang dilahirkan Nurisha yang juga merupakan darah dagingnya.

"Nurisha meninggal sebab kemalangan. Pada masa tu dia kritikal, tetapi dia kuat, dia hilang banyak darah, tapi dia tetap bertekad untuk lahirkan anak dia ke dunia ni." Berderai pecah tangis mereka berdua. Aman tidak dapat menahan sakit di dadanya. Dihentak kepalanya ke dinding. Satu penyesalan yang tiada berguna. Sebak.

"Sudahlah. Aku nak, kau jagalah dia Aman. Ambil semua barang-barang peninggalan Nurisha untuk Aman ni. Kau akan kenang Nurisha dengan ini. Sebelum Aman lahir lagi, dia dah sediakan semua kelengkapan Aman, dia mahu Aman ikut jejak langkah ayahnya yang berjaya. Dia mahu Aman sukakan semua benda yang ayahnya suka. Dia belikan berpuluh-puluh helai baju bayi arsenal untuk Aman, dia belikan banyak kereta mainan untuk Aman. Aku ingat apa dia kata pada aku, Aman suka kereta, suka kelab kereta dia, Aman suka bola, Aman suka Arsenal, lepas tu dia gelak sorang-sorang,aku tahu dia rindukan kau, tapi mungkin korang tak ada jodoh. Tuhan lebih sayangkan dia," terang Ani sambil mengusap-usap kepala bayi Aman.

Aman tidak terkata. Dia hanya mampu menangis. Nasi sudah menjadi bubur. Segala teka teki sudah terlerai. Pencarian yang telah lama tamat.

"Sha..u pergi mana Sha..Balik lah......,"rintihnya di dalam hati.

*****************************************

"I rindu U yang dulu Aman..."

"Terima Kasih untuk sepanjang kita bersama"

"I rindu U Man..."

"Terima Kasih Aman sebab selalu di sisi Sha.."

********************************************

"Silih berganti ayat-ayat cintamu sayangku Nurisha. Maafkan Man. Damailah kau di sana sayang. Terima Kasih melahirkan putera kita,Aman."

Apa

Percaya atau tidak. Sekarang ini, masa ni, time ni, aku tengah merenung screen laptop, dah hampir separuh tembus. Tak tahu nak taip apa. Tapi tangan rasa nak menaip. Entah. Mungkin sebab dah lama tak buat assignment, proposal thesis pun dah siap hantar. Nak taip satu perenggan ni pun entah berapa lama dah ni.

sigh.

Ok. itu je kot. Lepas ni mungkin ada idea nak taip apa.

Selalu boring2 aku akan taip pasal cinta. Tapi sekarang ni aku macam orang dah hati beku tak ada feeling dah.

Kadang2 aku taip pasal benda2 yang buat aku emo. Tapi disebabkan sekarang tengah cuti sem, orang tak ramai kat UKM, cuma ada aku dengan Syana, so tak ada benda nak di-emokan.

Tak pun aku akan taip benda2 mengarut, mengumpat orang cam tu la. Tapi. Dah la. Malas pulak asik nak semakkan blog dengan cakap pasal orang lain je. Ni kan blog aku.

Tak pun aku taip pasal pengalaman hidup aku. Tapi. Ah, tak bestnye nak ingat benda2 yang tak best dalam hidup ni hari ni. Aku nak lepak2 je.

So, nak taip apa ni..Apa...Apa....Apa.......

End up with type "apa".


Thursday, January 10, 2013

Wordless day

Hola2! Anda tahu wordless day? Tak tahu takpe. Kalau tahu tu errr,tahniah.
Wordless day adalah hari di mana entri blog yang di-update pada hari tersebut adalah merupakan gambar-gambar sahaja, tak ada bleybey-bleybey cerita tu,ni pastu taip panjang2, tak ada.

Hanya gambar. Orang kata satu gambar boleh menceritakan seribu satu macam cerita. Haha. Jadi, untuk aku yang mula nak aktif menulis semula, aku nak set wordless day untuk blog aku sendiri in which every FRIDAY gonna be an entry of pictures! Anda rasa macam cool? Kalau nak buat, buat ah sendiri! Haha..
k buhbye! Jaa...naaaa~~

Im gonna start with this pictures....................









nak lagi? nak cari sendiri. haha. kalau nak lagi best, boh la gamba2 hasil sendiri. Guna la kamera sapa2, tak pun pinjam la brader2 hensem yang selalu dengan kameranya atau awek2 kiut yang selalu dengan dslrnya. =)

Monday, January 7, 2013

Just a gift of 8/1


Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang 
Dan bila ku mulai merasa 
Bahasa kesunyian

8 Januari datang lagi! Lapan hari bulan satu. (8/1). Untuk tahun-tahun akan datang, aku berharap aku akan dapat amnesia tahap kronik, atau tiba2 kena langgar, kepala terhentak batu dan lupa semua benda macam cerita2 mengarut dalam sinetron tu. Harap. 

Sadarkan aku yang berjalan 
Dalam kehampaan 
Terdiam, terpana terbata 
Semua dalam keraguan

Seperti biasa, aku di sini. Sendiri. Buat apa tah. Merenung sesuatu,mungkin. Sesuatu yang tak pasti. Angan2. Atau mungkin mengimbau perkara2 lampau. Atau..berimaginasi. Aku kau dan semuanya.

Aku dan semua 
Yang terluka karena kita

Aku ingat2, kita memang berbeza. Kita berbeza dari yang lain. Bak kata kau, "bukan pelik, unik". Dan aku tersenyum. Tanpa aku sadari, hari ini juga aku tersenyum tiba2. SENDIRI. Kita dalam dunia kita. Terpisah dari mereka. Dan mungkin pada waktu itu kau rasa kita serasi.

Aku kan menghilang dalam pekat malam 
Lepas ku melayang 
Biarlah kubertanya pada bintang2 
Tentang arti kita 
Dalam mimpi yang sempurna

Segalanya kita kongsi bersama. Kita satu. Satu. Satu. Dan selepas itu aku lihat kau mulai tumbuh sayapmu, membesar, kuat, kukuh di hadapanku. Dan kau mulai terbang pergi jauh lebih tinggi. Aku berusaha menggapai tanganmu. Aku usaha. 

Dalam mimpi yang sempurna..

Aku mimpi untuk terbang bersamamu. Masih lagi kita satu. Masih lagi kita serasi. Tapi....Ah! Mutiara putih ini tak berhenti mengalir. Sudah sampai masanya aku berhenti. Berhenti bermimpi kamu, tentang kamu, segalanya.

Tapi tarikh ini tetap akan datang lagi. Setiap tahun. Dan hanya akan berhenti aku ketemu tarikh ini apabila aku tiada lagi di alam ini.

Masih banyak yang aku harapkan. Masih banyak yang aku impikan. Masih banyak yang aku angankan. Dan semuanya aku lepaskan terbang bersama kamu. 


Masihkah kau ingat? Atau kotak ingatanmu sudah penuh dengan segala apa yang kau miliki sekarang. Atau...
Tidak mengapalah. Angin pun berubah haluan. Laut pun kekadang surut. Bulan pun tak sentiasa kekal di langit biru. Ini kan pula kau. aku. kita. Hanya manusia biasa yang menghargai segenap rasa. 

Sunday, January 6, 2013

My Snacks

Yeah yeah yeah. I know what you gonna say. 'Apa budak ni buat taip entri tengah2 exam week. Study la!' Well, ini entry related la jugak dengan study week, exam week. In what way?

Time2 macam ni, orang selalu lapar dan selalu grab snacks night, midnight, before sleep, bukak2 je mata dari tido, sarapan pun boleh jadi snacks. I dont know why. Even when i go shopping to buy some stocks makanan untuk study anad exam week, i saw lots of people and mostly student with bakul  full of snacks, gula2, and of cz coffee etc.

Well, what makes me to write this isnt bcz i saw people with snacks, it is bcz i ask my friend this question:

"kenapa duit asyik short je ek. Aku pelik kenapa ptptn untuk satu sem tak cukup. Kalau ikutkan aku makan tak banyak mana, dan aku tak belanja banyak untuk beli baju ke apa ke?"

You know what she answer. Simple.

"Hmm..duit ko banyak habis kat snacks"

Well, you know what, i am the person who always argue and dont simply agree  with what people said. But what she said just know make me stop. Stop. I didnt say a word! I start to think. And finally i agree with her.

Snacks ni adalah benda yang sangat penting dan perlu untuk aku. Kiranya macam fuel untuk aku buat kerja. Bayangkan, in a week, kira2 aku boleh habis berpuluh ringgit juga, boleh habis maksud aku, aku boleh belanja snacks sahaja bila aku dah start shopping dekat giant dan sebagainya untuk coklat sahaja. Belum masuk lagi jajan2 lain. Wuyo!

Yeah. Im a chocolate lover. And Chocolate isnt cheap. And never ever can be cheap as most of cocoa in Malaysia have been attack by pest and we import cocoa from outside. Damn those insect-pest. Guess it cant be help.

I think, im not the only one who feel this way. Dah makan2 banyak snacks. Perut pun dah boroi. Then rasa menyesal sebab duit dah takde lepas tu. Nothing can be done. Kalau luah balik pun apa kau dah makan, u cant sell them in order to get back your money isnt it? So what you should do? Manage you money well.

Aku bukan tak manage duit aku tau. Awal2 ada buat satu buku, tulis apa yg aku belanja. But it not going well, susah. Bcz sometimes u forgot what u buy that day, and when u calculated money left is not what it should have in ur account. Lastly ended with, malas ah nak buat! haha.

Maybe u guys have another better way to share? Kalau abang2 kakak2 JPA mungkin takda masalah. Duit mereka 2-3 times lagi banyak dari kita yang pama family sederhana or ptptpu ni. But somehow, ada je, kawan2 JPA yang tak cukup makan, duit kering juga. I jus dont get it. Maybe ni la, orang Malaysia, tehy just dont know how to simpan duit. The more they got, the more they spend i guess. Cant be help.

For me, manage money is not the thing im gonna do this coming semester. What i should do is STOP eating junk food or snacks. Or at least buy once a month. Well, snacks isnt good for ur health, plus sometimes it makes u more hunger. It has uncomplete nutrition for ur body. No good...No good....No gooood.....

Ok, help me. Taskete~~~
If saw me grabbing that junk thing later, sila maki2, kutuk2, marah2, perli2 me ok. It helps sometimes. Help ur friend from spending money to unnecessary thing. Hope, i wont face problems of money-short-again~
Till then, ja~~~naaa~~~~

woi sedap woi!!!

nyum nyum nyum~ oi, makan buah la, kismis ke!