Monday, January 7, 2013

Just a gift of 8/1


Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang 
Dan bila ku mulai merasa 
Bahasa kesunyian

8 Januari datang lagi! Lapan hari bulan satu. (8/1). Untuk tahun-tahun akan datang, aku berharap aku akan dapat amnesia tahap kronik, atau tiba2 kena langgar, kepala terhentak batu dan lupa semua benda macam cerita2 mengarut dalam sinetron tu. Harap. 

Sadarkan aku yang berjalan 
Dalam kehampaan 
Terdiam, terpana terbata 
Semua dalam keraguan

Seperti biasa, aku di sini. Sendiri. Buat apa tah. Merenung sesuatu,mungkin. Sesuatu yang tak pasti. Angan2. Atau mungkin mengimbau perkara2 lampau. Atau..berimaginasi. Aku kau dan semuanya.

Aku dan semua 
Yang terluka karena kita

Aku ingat2, kita memang berbeza. Kita berbeza dari yang lain. Bak kata kau, "bukan pelik, unik". Dan aku tersenyum. Tanpa aku sadari, hari ini juga aku tersenyum tiba2. SENDIRI. Kita dalam dunia kita. Terpisah dari mereka. Dan mungkin pada waktu itu kau rasa kita serasi.

Aku kan menghilang dalam pekat malam 
Lepas ku melayang 
Biarlah kubertanya pada bintang2 
Tentang arti kita 
Dalam mimpi yang sempurna

Segalanya kita kongsi bersama. Kita satu. Satu. Satu. Dan selepas itu aku lihat kau mulai tumbuh sayapmu, membesar, kuat, kukuh di hadapanku. Dan kau mulai terbang pergi jauh lebih tinggi. Aku berusaha menggapai tanganmu. Aku usaha. 

Dalam mimpi yang sempurna..

Aku mimpi untuk terbang bersamamu. Masih lagi kita satu. Masih lagi kita serasi. Tapi....Ah! Mutiara putih ini tak berhenti mengalir. Sudah sampai masanya aku berhenti. Berhenti bermimpi kamu, tentang kamu, segalanya.

Tapi tarikh ini tetap akan datang lagi. Setiap tahun. Dan hanya akan berhenti aku ketemu tarikh ini apabila aku tiada lagi di alam ini.

Masih banyak yang aku harapkan. Masih banyak yang aku impikan. Masih banyak yang aku angankan. Dan semuanya aku lepaskan terbang bersama kamu. 


Masihkah kau ingat? Atau kotak ingatanmu sudah penuh dengan segala apa yang kau miliki sekarang. Atau...
Tidak mengapalah. Angin pun berubah haluan. Laut pun kekadang surut. Bulan pun tak sentiasa kekal di langit biru. Ini kan pula kau. aku. kita. Hanya manusia biasa yang menghargai segenap rasa. 

No comments:

Post a Comment