Hari ini, aku masih lihat dia di situ. Di ruang itu. Di tempat yang sama. Menanti aku. Tersenyum padaku. Kali ini aku betul-betul yakin senyuman itu memang untukku. Aku membalas senyumannya. Aku berjalan dan berjalan sehingga melepasi dia di situ. Aku tidak berhenti. Aku tidak juga menoleh ke arahnya meski aku sudah jauh ke hadapan. Sudah tiba masanya.
Mungkin hari-hari mendatang aku akan lihat dia lagi di situ. Mungkin. Aku akan balas senyumannya. Dengan ikhlas. Kerana aku sudah lama berjalan ke depan. Aku sudah lama ke depan. Aku sudah mula mencari arah laluan yang patut aku tuju. Tahniah!
le me looking forward to the future~ |
No comments:
Post a Comment