Friday, December 30, 2011

Pissed Off

Hari ni hari last tahun 2011, masuk ke tahun kiamat 2012 yang orang duk sebut2.

Hari ni gak mungkin hari pissed off sedunia,
pagi tadi duk panjang lebar berceritanya seorang senior tentang perihal kawan beliau yang tak reti2 nak matang, then tambah lagi roomate yang tiba2 mengeluarkan segala emo kata pissed off dengan coursemate yg jadi sleeping partner dalam task mereka
dan aku sendiri pissed off juga dengan seorang hero ni. *sigh*

Bayangkan situasi ini, anda seorang lelaki, broken heart tahap neraka jahanam punya, then datang seorang awek yang baru putus cinta kerana pacarnya duk main kayu lain.

Gadis tersebut approach anda. Cool. Dia kata dia selesa dengan anda. Cool.
Apa anda rasa? Tenang? Happy? Dapat merawat luka nanah di hati?
Ya secara jujurnya mestilah ada bunga2 di celah2 hati tu, konon cuba2 nak berputik. Lalu anda berfikir, tak apalah, 'try and eror'.
Ok itu mungkin bangang bagi satu relationship untuk try and eror, dah macam player tahap tertinggi. Tapi niat anda bukan jahat,
1) Anda tak mahu take it seriously, takut nanti tergores pulok hati bila kita dah serius.
2) Tak mau la org duk main2 ke kita, sebab tujuan asal gadis tu  approach anda pun sebab nak lupakan ex dia. Baru putus takkan dah cintan ke lain. Tak logik.
3) Kalau anda dan dia rasa tak serasi maka boleh mengundur diri dengan cara baik sebab masing2 pada awalnya tahu, ini semua try and eror, jika jadi bagusla, jika tak mungkin tiada jodoh.
4) Mana tahu kot2 satu masa ex2 mahu kembali ke sisi, gadis menerima, anda kecundang, atau, ex anda datang semula dan anda rasa mau terima, maka gadis tersebut pula yang akan kecundang. Ini semua hati punya pasal, kadang kita bertindak ikut hati bukan ikut logik.

Maka di situ telah disenaraikan mengapa wujudnya relationship 'try and eror'.

Bermulalah anda dan gadis berbalas mesej sebagai langkah pertama ke arah satu destinasi yang kabur2. Anda yang serba naif, serba kekurangan pun rasa dia boleh, gadis tersebut akan serius, even though she say nothing like "lets be together" "jom kapel" "boleh tak jadi boyfriend saya".

Relationship just ikut flow macam tu saja. Tak nampak arah. Maka ia menjadi satu ketidakpastian. Akan ada satu hal yang kurang best sejak dari awal perkenalan sebagai member kutuk2, cakap2 kasar ni, iaitu kutukan atau mungkin gurauan terhadap fizikal atau ciri luaran anda.

Bayangkan anda adalah ini :

imagine this is you!
You are this-------------> BIG, UGLY, STUPID, HORRIFIED !

Anda balik semula teringat kepada kesakitan lama,
banyak persoalan bermain di kepala..
Kenapa ex anda boleh terima anda dulu? - leads to feel of honour, appreciate her, and not easy to let her go, because shes the one who looks ur heart 1st not ur appearance!
Kenapa ex anda suka tengok lelaki hensem je,and why not u? -dah mula depress tapi simpan dalam hati.
Kenapa anda mula banding diri anda dengan lelaki2 sekeliling ex anda dulu? -mula rasa everything in this world 1st thing 1st is ur appearance. Kalau rupa tak molek tak kekal lama! Tak ada istilah "rupa tak penting,yang penting hati!" Itu semua dusta!
So anda buat conclusion, yes, you are that BIG UGLY HORRIFIED look then how come your partner want to stay last forever? isnt it? Ok itu logik.

Sakit tak?
Yes.

Bayangkan lah ye, dari anda kecil2 anda dah dipulaukan sebab anda menakutkan macam tu, sampai besar, sampai tua ni, sampai kena dumped dengan awek sendiri kerana sebab yang sama.

What will you feel? Loser? No confident at all? Afraid to face outside world? Dont believe in yourself?

Dan bila pada saat anda didatangi seorang gadis dengan kata-kata:
"saya happy dapat jumpa awak" "saya selesa dengan awak" 
anda terfikir,oh mungkinkah aku tak seteruk apa yang aku imagine kan?

Setelah beberapa seketika, she keep giving the same joke. Teasing your appearance.
I dont know what to say.

Pada fikiran anda,mungkin anda bukan orang yang sensitif so anda rasa sangat pondan bila terasa dengan gurauan2 kecil yang berterusan macam ni. Lek2 suda.. Tapi tu la,seperti yang dikatakan, benda ni sedari kecil, berulang-ulang, anda serik,anda takut,anda marah,anda malu,SEMUA ADA.

Not fair betul kat dunia ni orang ada rupa dapat semua benda. KAN?

Satu lagi igauan ngeri. Berulang. Theres no such thing people will really want you,accept you,approach you if you are that ugly. You keep thinking about it. You are that horrified looking and you will be FOREVER ALONE???? -pissed off

Am i this UGLY?


Saturday, December 24, 2011

Friend vs Foe

Aku ada sorang kawan. Kawan aku tu dari Alor Setar Kedah.
Kawan aku tu orang utara.
Sebetulnya aku nak kata kawan aku tu coursemate aku.
Itu je.

Aku jarang berkomunikasi dengan kawan aku tu. Memang jarang sangat-sangat.
Bukan dia sorang je, dengan coursmate2 yang lain juga.
Ini semua gara-gara aku tak pandai berkomunikasi. 
Aku tak pandai nak berkawan. 
Aku tak ramai kawan pun dari kecik. Nak buat camana. 
Loser.
 
Ok, patah balik pada cerita asal. Iaitu coursemate aku a.k.a kawan aku.

Jantina dia adalah seorang lelaki. 
Aku tak ada masalah pun berkawan dengan beliau pada awalnya.

Kami mula banyak interaksi sejak kami masuk ke tahun dua sebabnya pembelajaran dah di spesifik kan lagi. So kami bukan sahaja belajar di dalam kuliah yang besar yang ada 4-5 kos dalam tu, kami juga ada pengkhususan subjek yang hanya kos kami ambil dan disebabkan bilangan kami yang super sikit, so kami hanya belajar di kelas2 kecik. So lebih banyak interaksi.

Al kisahnya, aku ni bukanlah orang yang suka duduk diam, hatta mulut juga diam itu jarang sekali. Tak kira kenal tak kenal,asal nak cakap,aku cakap. Itu benda yang beliau tak suka. Agaknya la. Aku tak kenal sangat beliau ni. Aku pun tak tahu macam mana nak kenal beliau atau pun nak get along  ngan beliau.

Korang mesti kata, la...pesal,kalau tak leh nak bermembe ngan dia bia la,peduli apa.

Aku rasa sebab musabab aku kena ada good relationship ngan beliau ni adalah kerana beliau ni suka mencapub, so beliau ni jadi macam ketua la dalam course aku ni, kira apa2 pun orang akan rely ke beliau dan terus fikir,beliau orang yang bertanggungjawab dan tahu semua info2 terkini. Macam tu la.

So kalau korang jadi aku? Adakah korang akan biarkan diri korang lost tak tahu apa2 pasal kos dan tak get along with your leader?
 
Memang aku anggap beliay ketua. Semua orang pun. Atas effort dia dan sikap dia yang tak pernah lokek nak share knowledge.

Tapi tak semua apa yang ketua kita kata betul.
Tak semua apa yang ketua kata kita kena ikut bulat2.
Tak semestinya ketua kita sentiasa di jalan yang lurus dan benar.
Tak semestinya dia ketua kita tak boleh cakap apa.
Ye tak?

Ok, aku kira kalaulah satu masa nanti beliau baca tulisan ni, terus beliau p hentak lappy. Hahahaha..
Maaflah ye. Ini bukan mengutuk ke apa. Ini benda yang aku rasa patut dicakap, patut sembur habis2 ke muka beliau. Tapi atas dasar hormat dan sayang pada ketua, kawan, dan juga corsemate ni, aku cuba la try rendahkan ego. Minta maaf dan cuba buat apa2 je benda yang boleh melibatkan aku bercakap, BERCAKAP dengan beliau, supaya aku faham beliau ni, aku boleh cuba adapt dengan beliau dan terima keadaan beliau yang macam ni.

Aku fikir2 balik, aku ke yang salah, aku ke yang bermasalah, aku ke buat masalah?
Tapi seingat aku, ramai juga orang yang buat beliau ni naik angin, ramai juga orang kondem beliau ni, ramai juga orang kata belakang pasal beliau ni, ramai juga orang yang beliau senarai hitamkan dalam facebook dan akan lebih ramai yang akan kena. Sincerely, tindakan beliau ni memang super legend aku cakap.

Memang serupa boss!
Memang serupa angkuh!
Memang serupa hebat nak mampus!

Oh, maaf terkasar lagi. Lepas ni saya cuba usahakan untuk bersopan santun sepertinya seorang hamba bercakap dengan raja yang angkuh dan menurut segala perintah tanpa banyak kata dan bunyi. Hanya obey. 

Itu yang beliau mahu. Itu yang beliau approve untuk menjadi orang kuat bawahannya. Kalau aku yang banyak bunyi, banyak komplen, banyak pandangan, banyak nk argue, YOU ARE NOT IN THE LIST OF MY COMRADE! sekian. Itu definisi ketua yang aku labelkan kepada beliau.

Aku marah? Sikit la. Dah habis marah masa 1st war hari tu.
He ignite the fire again even the war is over, and creating the 2nd war! Hebat punya ketua.

He has no brain. He has no clue. He has no wisdom.
To conduct, to control, to calm, to give happiness, to be fair to all his people below.
So when people discover about him, he band that people! That is him.
So, if you wanna be with him, to be treat nice as his people, just obey his instruct with no argue!

To him i said "LIKE HELL I WILL JUST FOLLOW ALL YOUR INSTRUCT. IM NOT YOUR SLAVE. IM YOUR FRIEND WHICH SUPPOSE HAS RIGHT TO SAY WHAT I SUPPOSE TO SAY AND GIVE MY OWN OPINION!"
For that,he dumped me.
Is that my fault? 

Here i list my fault  :
- I try to know him better cause i dont know how to get along with this people, so i stalk his FB.
- I leave comment on his status more frequent lately.\
-The comment i left i didnt put any label like (this is just for fun), (im joking), (hahahahaha), (this is my opinion), (sorry im angry if you say like this), (is this way a polite sentence for you?)
so with no label on comment, he think i am no different like terrorist.
-I delete his comment in group if it is too irritate and if it touched on sensitive issue.
-I organize something like 'yellow pages' in group to have details of my other corsemate.
-I straightly said 'i dont like him because he is too arrogant'
-I curse him sometimes if he reject my words
-I object his proposal
-I talk harsh/manly spoke/stupid joke to my OTHER course mate.
-I make a joke about skin tone of avi in FB.
-Im angry/emo/mad because he say "women like cheap diamond" 
others maybe i didnt notice it,as you know, im just a HUMAN. If u cant be that perfect how do you expect me to be perfect with no mistake done. Its just you that over do. No wisdom. 

Dengan ini saya mengatakan,anda bukanlah seorang ketua yang baik. Bukan sahaja di bumi UKM, di mana-mana sahaja, di tempat kerja kelak,mahupun dalam rumah tangga nanti,jika anda lebihkan ego dan tak perhati pandangan dan perasaan orang sekeliling.

 You are no longer a child, matured la sikit.
Aku dah private message beliau, dah chat, PERSONALLY.
Sebab? Aku bukan suka2 nak hebah2 gebang2 masalah kecik. Ada masalah dengan aku, straight cakap dengan aku. Tegur dengan baik. Kalau aku salah, beritahu.

Then apa tindakan beliau? Benda sama berulang lagi. You not learning from mistake? Good then.
Long Live you KING.


Saturday, November 5, 2011

Article macho- sorrow pig!

Nama gua cahaya pertama. Gua dah lama tak menulis sebab gua dah lama delete pun blog gua. Namun kini gua rasa gua perlu menulis semula,perlu!

Gua memang kasar. Mungkin kasar ni buatkan gua nampak kacak dan macho serta kuat gagah perkasa. Sekadar pandangan serong gua.

Ok gua tak mahu merepek lagi. Gua hope lu orang stay baca sampai habis. Ini bukan propaganda mahupun dakyah yang nak gua sampaikan, juga bukan ceramah.

Gua mahu kongsi cerita, gua mahu semua ambil iktibar, gua mahu semua muhasabah diri kerana gua terpanggil untuk beri peringatan pada yang lain selain memberi pengajaran kepada diri sendiri juga.

Hari ni 5 November 2011, yes hari ini bermula cuti semester dan hari raya aidiladha buat warga UKM. Gua pulang ke rumah dengan hati yang berat.

Sesampai gua di bustand, gua di ambil mak terus menuju ke hospital. Gua nak story ini cerita supaya lu orang jangan jadi setan macam gua. Ini serius. 

Gua adalah admin yang serius tapi tak garang.

Lu orang semua ada ayah. Gua tahu. Gua pun ada bapak. Ok gua start nangis.

Gua tak rapat dengan bapak gua. Tapi gua tetap jejakkan kaki jenguk bapak gua yang terlantar di katil hospital. Gua bebai sekejap.

Gua memang mulut jahat, gua cakap banyak, gua cakap tak berhenti, gua tak fikir bila gua cakap. Tu gua admit salah gua.

Tapi sesampai gua di gua usang itu, gua senyap seribu bahasa. Mulut gua tak sedikit pun terbukak untuk berkata. Gua rasa diri gua pelik.

Gua hulur tangan salam tangan bapak gua. Sejuk.

Bapak gua dah tak macam dulu. Seringkas baik gua beritahu ni. Tangan gua pun turut gigil. Hati gua sebak. Salah gua ke?

Gua pelajar sains UKM, gua belajar banyak benda gua rasa, jadi gua tahu serba sikit apa yang doktor-doktor serta nurse-nurse tu buat kat situ. Gua tengok bacaan ECG. Dada gua degup kencang.

Gua pandang kiri katil, gua pandang kanak katil, depan, sekeliling. Penuh sesak dengan seraya makhluk yang bermacam emosi dan riak wajah. Sebetulnya gua nak kata, hospital bukanlah tempat lu orang jumpa manusia bergelak sakan. Memang itulah suasananya,suram.

Seketika air mata gua bergenang. Gua tahan daripada melimpah. Sehabis daya gua tahan. Gua tak tipu, gua tak pernah nak suka-suka menangis depan family gua, sebab gua hebat dari mereka semua. Gua kuat lagi. Tu yang gua rasa la. Tapi gua selalu-selalu nangis depan kawan-kawan gua. Selalu sangat.

Bukan sebab gua pondan. Gua nangis bukan sebab gua lemah, gua nangis sebab gua dah terlalu lama bertahan menjadi kuat.

Seketika pesakit lelaki tua di depan gua, tercungap2, gua saksikan dari awal sampai akhir. Dan kemudian gua dengar bunyi bip ini, “teeettt…..” satu nada, monoton, dan kemudian disusuli tangisan beberapa orang. Gua tak tahan.

Gua berlalu keluar hidu udara segar. Gua keluarkan semua air mata gua. Kepala gua berpinar. Macam-macam benda bermain di kepala gua.

Apa perasaan lu orang kalau lu orang berada di tempat gua masa tu? Lu orang tak faham kan?



Gua masuk balik wad,family gua layan bapak gua dengan baik. Tapi gua hanya tercegat di satu sudut dan diam. Masih lagi gua perhati sekeliling. Kemudian arwah di depan tu diusung keluar dan diganti dengan pesakit berikutnya,juga nazak.

Apa semua ni? Bentak hati gua. Gua cuba tenang diri.

Lalu gua duduk di sisi ayah gua, gua pegang kakinya yang tak serupa kaki, pecah-pecah,terkopak-kopak dagingnya. Gua ketepi rasa jengkel.

Gua rasa gua dah macam anak derhaka high level.

Gua ingat-ingat, dulu bapak gua sumbang sperma pada mak gua untuk dicantumkan dengan ovum supaya zigot terbentuk. Gua dilahirkan. Gua rasa ini satu kesalahan apabila gua lahir kedunia. Gua tak hargai sebuah kehidupan yang diberi.

Kini, segala rasa syukur gua panjatkan pada ilahi dengan rasa rendah diri ya amat.

Gua pegang tangan ayah gua. Gua renung wajahnya. Gua fikir, dulu gua selalu merungut muka gua ni banyak jerawat, tak cantik, dan macam-macam lah. Bila gua tengok bapak gua, tak sama macam gua. Kulit dia berkedut, kecut, dah tak ada daging, dah macam tulang sugguh! Sayu gua tengok! Seraya itu gua terus bersyukur melihat diri gua yang serba elok. Inilah manusia yang daif, gua insaf.

Bapak gua ni handsome, sebab tu dia ada dua isteri. Bapak gua ni tegap, badan besar, semua orang takut dia, dia garang tersangat-sangat, mana tak nya, bapak gua askar. Kadang gua bangga juga, kadang gua benci juga. Entah lah.

Gua tak suka lelaki garang. Bapak gua, tangan kaki semua pernah lekat kat gua, tali pinggang dia dah serik dengan badan gua, mungkin sebab itu gua tak suka bapak gua dulu. Gua memang anak derhaka. Sekarang gua insaf.

Sekasar-kasar mana gua, hati gua jadi lembut tengok bapak gua macam tu.

Gua letakkan kesalahan pada bahu gua. Mungkin bukan salah bapak gua. Gua tak mahu mendekati bapak gua sebab gua rasa asing, sebab bapak gua tak selalu bersama kami. Apakan daya..

Awkward. Salah gua sebab gua tak cuba perbaiki hubungan ni dari dulu. Gua sesal lambat besar, gua tak mampu fikir soal relationship masa gua kecik-kecik dulu. Dulu kecik-kecik gua hanya tahu nangis bila adik gua rebut puting dengan gua. Gua sesal lambat besar.

Salah gua.

Gua tengok ayah gua yang tegap dah jadi kering, lembek, dah tak macam orang. Gua tengok badan dia bengkak-bengkak kena cucuk sana cucuk sini. Kepala gua serabut tengok wayar-wayar berselirat sana sini di badannya. Gua rasa rimas tengok bapak gua bernafas guna alat pernafasan. Gua rasa pelik bapak gua yang dulu suka main terajang-terajang, tendang-tendang dah tak larat jalan, sampai kena pakai tiub untuk buang air kecik, kena pakai pampers yang gua guna masa baby-baby dulu.

Gua rasa ini sangat lain. Macam bukan bapak gua.

Perlahan-lahan bapak gua gerak, dia nak cakap sesuatu pada gua. Tapi gua diam, gua tak tahu nak buat apa, atau mungkin juga gua buat tak endah. Gua buntu. Gua dah serupa patung je. Awkward. 1st time gua rasa ni betul-betul gila.

Tu jam juga gua balik. Gua bebai. Gua rasa berat. Gua rasa bersalah.

Gua jalan terhuyung hayang tak rasa macam jejak tanah. Gua dah longlai. Salah gua.

Dalam perjalanan gua nangis puas-puas. Gua buka radio dengar takbir kedengaran, lalu gua mesej kawan gua yang juga dalam perjalanan pulang. Gua cuba berlawak, watashiwasukides. Spontan. Gua masih bebai.

Gua fikir ini :

Satu hari nanti gua akan rasa apa yang bapak gua rasa sekarang. Sakit,azab.

Gua akan rasa mati satu hari nanti. Mungkin dalam perjalanan pulang ini, mungkin esok lusa, mungin di hari tua nanti.

Gua akan rasa sedihnya saat-saat mengetahui ajal bakal menjemput.

Gua akan keseorangan dan ketakutan.

Macam mana la satu hari nanti anak gua layan gua macam gua layan bapak gua tadi.

Macam mana lah kalau gua tak sempat mohon ampun maaf pada bapak gua.

Sempatkah bapak gua jadi wali gua bila gua nikah nanti.

Sempatkah untuk gua bagi bapak gua rasa duit gaji pertama gua nanti.

Masihkah ada peluang untuk gua bentuk semula keluarga gua macam keluarga lu orang.

Sempatkah gua tebus segalanya.

Gua serabut.

Gua letak semua salah atas bahu gua. Salah gua.

Gua ada sorang kosmet nama zera, beberapa hari sebelum gua balik, gua sempat baca status fb beliau tentang hari jadi ayah beliau.

hari ni hari jadi abah. balik nt abah kne belanja adik mkn tomyam,kuewtiaw kungfu, buat mee bandung yg sedap giler tu,rendang ayam, kita smbut besday abah ramai2 oke! hadiah untuk abah da ade da, sesuai tuk abah yg selalu saket2 sendi tu,khas dr langkawi ooo. oh i love u so much. time kaseh jge adik,tahan kerenah smpi skrg. walaupun abah la abah,abah la mak sejak adik darjah 5,adik xpenah rase kurang mane2 pun abah jge adik.cukup mkn pakai smpai adik bam2 mcm ni. ckup semuanya dan adik sgt2 bersyukur sebab tu. abah kne jage kesihatan,jgn saket2 lg oke!balik ni adik masak mcm2 kt abah ye hihi i love u i love u i love uuu
Gua rasa gua a failure. Im a failure in creating a good bonding and relationship. Always.

Gua sebak. Gua tak mampu jadi seperti beliau dalam menjadi anak yang solehah. Gua impikan untuk buat semua tu satu hari nanti pada bapak gua. Sempatkah gua? Sempatkah?

Gua selalu doa untuk bapak gua lepas solat. Tapi sekadar cukup syarat. Mungkin gua tak cukup ikhlas. Gua sesal.

Salah gua.

Gua pasti lu orang rasa post ni spoil mood cuti lu orang. Harapan gua menerusi tulisan ini hanyalah untuk menyeru, mohonlah keampunan dan kemaafan kepada kedua orang tua kita, tak kira sesakit mana pun mereka lukai kita dulu, mereka tetap syurga kita. Jangan hanya jadikan hari raya sebagai medium untuk menyampaikan kemaafan. Kemaafan itu ikhlas dari hati, tak kira masa dan tempat. Jangan jadi seperti gua. 

Ambillah iktibar ini.
Salam aidiladha buat semua. Maaf zahir batin dari gua yang hina dina.