Nama saya Dollah.
Hari ni sepatutnya, 8/1/2012 adalah hari ulang tahun saya berstatus 'in relationship' dengan Midah.
Ulangtahun yang ke 5.
Untuk itu,kepada Cik Midah yang sememangnya jauh di mata,dan kini jauh di hati, saya ucapkan selamat panjang umur, berbahgia dan murah rezeki hendaknya.
Semoga usia perkenalan yang mencecah 7 tahun ini memberi sejuta rasa pahit manis sakit gembira mewarnai segenap inci buku kehidupan kamu.
Nama kamu Midah.
Hari ini sepatutnya, saya akan menelefon kamu, dan mungkin hanya akan bercakap sepatah dua kata. Namun kata-kata yang sebutir cuma itu tetap menggembirakan hati masing-masing.
Namun, tak sempat saya ucapkan kata-kata istimewa itu kepada kamu lagi, dan kamu juga.
Dikira-kira,lama juga masa 5 tahun itu, ibarat 3 per 4 dari hidup saya habis untuk kamu.
Semoga seusia 7 tahun perkenalan ini memberi pengajaran yang cukup bererti kepada kamu untuk mengorak langkah melayari kehidupan sendiri di bumi allah ini.
Nama saya Dollah.
Hari ini sepatutnya hari yang bersejarah dalam hidup saya dan Midah. Hari yang penting selain dari hari lahir mama,abah,adik-adik,kawan-kawan,hari cuti,hari dapat result exam dan sebagainya.
Namun sepanjang 5 tahun ini tak pernah hari ini, yang bertarikh 8 Januari ini dihargai,diambil tahu,dikira,diingat,dikenang,dalam sejarah 5 tahun perkenalan kami.
Setiap kali tarikh ini muncul,ianya hanya berlalu seperti itu sahaja. Sayang..
DAN,hari ini,tahun ini,barulah terasa bertapa bermaknanya tarikh ini sebenarnya.
DAN,hari ini baru terkenang,pahit manis sebuah perhubungan.
DAN,hari ini baru terkesan bertapa sesalnya mensia-siakan tarikh yang jarang-jarang ada setiap hari ini.
DAN,segalanya berkahir sekaligus sesalan ini memberi kesan pada aku yang bernama Dollah.
Nama dia Midah.
Cukup signifikan. Cukup indah. Cukup sempurna.
Di mata aku dulu. Tapi semakin lama,semakin pudar. Andainya sepanjang 5 tahun itu kami sudah melayar bahtera mencipta masjid, adakah hari ini hari runtuhnya binaan itu?
Bila mulut jarang melafaz, bila hati selalu menyimpang, bila tanggungjawab dipandang enteng, bila ego merasuk diri, bila dunia mula berbisik, bila hati semakin kering, dan bila-bila sahaja masa seperti ini akan muncul. Dollah-Midah hanya tinggal nama dalam sejarah silam.
Keluar panglima ke negeri orang
Terlupa dara menunggu setia
Pergilah cinta pergilah sayang
Berarak hidupmu dengan bahgia
Merpati sejoli terbang ke sawah
Mati seekor rebah sendiri
Waadat terjalin kau lerai sudah
Tinggalan sayang ku bawa mati
pergh kenapa aku terlepas banyak entri ko ni!!! rugi!!
ReplyDeleteok, mula membaca. yang ni....*nothing to do here*
aha,sey o pembaca setia, aq x tgk pun komen2, baru aq prasan ada org komen..haha!
Delete