Monday, August 27, 2012

Akhirnya Abah

Rasa tak terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan pertama tanpamu abah di sisi,
Syawal pertama tanpamu abah di sisi,
Lain macam rasanya,

Akhirnya tak sempat juga akak nak kotakan janji2 akak pada abah,
Akhirnya tak sempat juga abah nak ajar akak bawak kereta,
Akhirnya tak sempat juga abah nak berleter terus-terusan buat kerja dapur kat akak,
Akhirnya tak sempat juga abah tengok akak konvo kejap lagi,
Akhirnya tak sempat juga abah merasa gaji pertama akak nanti,
Akhirnya tak sempat juga abah jadi wali akak nanti,
Akhirnya semua dah berakhir kan abah kan.

Semoga kita bertemu lagi.
Mungkin esok. Mungkin lusa.
Bukan mungkin, tapi pasti!
Pasti nanti akak pun akan ikut abah. Abah tunggu aje ye.
Assalamualaikum.

Allahyarham Ismail bin Ahmad bin Jaama bin Raden Kesuma Wijaya

Person who talk no rubbish


Will miracle happen?
Mat Luthfi. Inspired me. I envy him. 
Just wanna hear him. Talk. Say something. Again and again.
Don’t stop. I just wanna hear you.
Make me strong. Again.


~Kenali beliau raja youtube.
Penuh kata-kata.
Penuh hiburan bermanfaat.
Terus maju Mat Luhtfi!~


What we did shows what we feel


Dahulu hobinya membaca. Novel-novel cinta, komik-komik shojou. Berangan. Bukan setakan angan-angan biasa, satu impian, dan cita-cita, bahawa segala kisah cinta itu akan dirasai sendiri di dunia realiti. Semuanya akan menjadi nyata. Nyata. Nyata. Nyata.

Dan tiba masanya sekarang, dia merasakan cinta. Bibit-bibit cinta mekar menyelubungi seluruh hidupnya. Ini bukan khayalan. Komik shojou, novel itu semua tak berkata bohong. Memang cinta itu...........bahagia!

Kerana segalanya sudah terzahir nyata, dia tidak lagi pelu komik-komik shojou, tidak lagi perlu novel-novel cinta. Untuk apa angankan cinta melalui bacaan sedangkan sudah bisa merasai di dunia sebenar? Indah.

Hobinya sudah bukan hobi lagi. Lenyap. Lenyap. Lenyap.

Tiba juga masanya.

Kini dia kembali semula kepada hobi asalnya. Giat membaca. Membaca. Membaca. Membaca. Malah lebih teruk lagi. Meski terus membaca. Meski cerita itu indah dan bahagia. Dia membaca dengan tangisan.

Siang, malam, pagi, petang, makan, minum, tidur, semuanya bersama bahan-bahan bacaan. Namun...Kosong. Kosong. Kosong. Hambar.

Penipu! Komik shojou, novel cinta semuanya menipu!

“Berhentilah. Dan,carilah hobi lain. Bukan hanya membaca novel, dan komik shojou, bacalah apa sahaja. Mungkin dengan membaca boleh mengubati yang terluka.”


Flirting


Main kayu tiga, selingkuh, curang, tidak setia.

Negatif,negatif,negatif,negatif.

Itu sahaja dalam fikiran kita bila perkataan tersebut muncul.

Meletakkan nama, gelaran kepada mereka yang berpasangan lebih dari satu.

Bukankah playboy,playgirl,kaki perempuan,itu lagi teruk? Dan maknanya dengan perkataan-perkataan yang di atas itu tidak sama langsung.

Kita lupa fikir,sebab,punca kepada munculnya perkataan selingkuhan,curang dan sebagainya itu.

Salah siapa? Sabar,jangan meletakkan 100% kesalahan itu di bahu mereka.

Letakkan diri kamu di tempat mereka yang digelar sebegitu.

Mungkinkah pasangan mereka sudah tidak mengendahkan mereka, tidak menghargai, tidak menjaga hati dan perasaan, mensia-siakan, menyakitkan?

Cinta bukan seperti yang kamu bayangkan yang indah-indah itu. Ia hidup. Ia punya rasa.

Pokok yang tidak dijaga, tidak dibaja, tidak disiram, tidak disayang juga akan layu dan mati akhirnya.

Permata yang tidak digilap,dibiar,lama-lama kusam juga bukan.

Bukan membela, tapi memperlihat kepada semua, kadangkala kita sering terlajak mentafsir sebelum menyelidik. Kita sering terlepas pandang yang satu percintaan itu datangnya dari dua perasaan yang sama saling menyayangi, mencurah tanggungjawab, komitmen, pada perhubungan yang ingin selalu dirasai kemanisan, kelembutan, kahangatan, kebahgiaan di dalamnya. Bukan begitu?

“Memang semuanya salah aku!!”


Cinta Rupa


Jika paras rupa menjadi ukuran cinta kamu buatku.
Aku mungkin tak sehebat itu.
Aku mungkin tak akan menjadi seperti yang kau idamkan.
Kerana aku cuma aku.

“Harapan itu sememangnya sesuatu yang palsukah?”