Dahulu hobinya membaca. Novel-novel cinta, komik-komik shojou. Berangan. Bukan setakan angan-angan biasa, satu impian, dan cita-cita, bahawa segala kisah cinta itu akan dirasai sendiri di dunia realiti. Semuanya akan menjadi nyata. Nyata. Nyata. Nyata.
Dan tiba masanya sekarang, dia merasakan cinta. Bibit-bibit cinta mekar menyelubungi seluruh hidupnya. Ini bukan khayalan. Komik shojou, novel itu semua tak berkata bohong. Memang cinta itu...........bahagia!
Kerana segalanya sudah terzahir nyata, dia tidak lagi pelu komik-komik shojou, tidak lagi perlu novel-novel cinta. Untuk apa angankan cinta melalui bacaan sedangkan sudah bisa merasai di dunia sebenar? Indah.
Hobinya sudah bukan hobi lagi. Lenyap. Lenyap. Lenyap.
Tiba juga masanya.
Kini dia kembali semula kepada hobi asalnya. Giat membaca. Membaca. Membaca. Membaca. Malah lebih teruk lagi. Meski terus membaca. Meski cerita itu indah dan bahagia. Dia membaca dengan tangisan.
Siang, malam, pagi, petang, makan, minum, tidur, semuanya bersama bahan-bahan bacaan. Namun...Kosong. Kosong. Kosong. Hambar.
Penipu! Komik shojou, novel cinta semuanya menipu!
“Berhentilah. Dan,carilah hobi lain. Bukan hanya membaca novel, dan komik shojou, bacalah apa sahaja. Mungkin dengan membaca boleh mengubati yang terluka.”
No comments:
Post a Comment