Thursday, October 11, 2012

My Said

Adakah anda dipanggil sebagai anak yang lepas tangan jika anda berharap ibu/ayah anda yang kematian pasangan untuk berkahwin lagi supaya ada yang menjaganya?

Mungkin saudara terdekat, mungkin adik-beradik tak selesa dengan kewujudan orang baru dalam keluarga. Tetapi mungkin perkara ini tidak menjadi masalah besar sekiranya masing-masing memasang niat mahu memasukkan beliau sebagai ahli baru dalam keluarga dan mencipta sesuatu supaya keharmonian terbentuk.

Mungkin juga orang baru tersebut akan dilabel sebagai pengganti kepada yang telah tiada tersebut. Apa salahnya menjadi pengganti. Dari segi peranan dan tanggungjawabnya terhadap keluarga sememangnya orang baru tersebut adalah pengganti, tetapi tidak kepada memori dan keistimewaan yang sudah tiada itu bertukar ganti di dalam hati kita.

Jadi, apa mungkin jika aku membenarkan mama berkahwin lagi supaya kehidupannya lebih baik dan sejahtera? Bukanlah maksud aku hidupnya kini tidak baik, memandangakan kondisi dirinya yang kurang baik  dari dahulu di mana mama kehilangan penglihatan sebelah kiri semasa kemalangan lepas membuatkan aku sentiasa risau akan keterbatasan mama melakukan apa2 sahaja aktiviti bersendirian. 

Baru2 ini sahaja, mama kemalangan lagi dengan kereta kancil putih sedang dia menaiki motor selesai mengambil ubat di hospital untuk matanya. Anak mana tidak risau, tidak keruan hatinya. Dari hari ke hari ada sahaja benda yang tidak kena, tidak enak didengar. Mama pula bukan seorang yang mudah mengalah, ada sahaja benda yang nak dilakukan, dan baginya, mata yang kabur dan mata yang buta itu keduanya bukan halangan untuk dia melakukan semua benda yang pernah dia lakukan sewaktu sehat dahulu. Aku risau.

Risau maksud aku bukan risau tiada siapa menjaga makan pakai minum atau keperluan2 rumah yang lain yang perlu ibu aku sediakan. Risau aku adalah, mama. Kondisi mama. 

Semoga sahaja, adik2 yang lain bisa memahami kerisauan ini. Sebagai anak, kita juga mahu yang terbaik untuk ibu kita. Bukan kita tidak mampu menjaganya. Tetapi kita juga mempunyai tahap keterbatasan untuk melakukan sesuatu sama ada dari segi kekuatan, kewangan, masa, jarak dan sebagainya.

Mudah-mudahan sahaja tuhan mahu beri kesempatan berikutnya untuk mama bergelar seorang isteri kembali memandangkan usianya juga masih muda dan segalanya berjalan dengan baik. 

Keutuhan dan keharmonian rumah tangga sangat berperanan untuk aku terus menongkah arus perjalan hidup yang semakin mencabar ini. 

Tuhan, jika ini dugaan mu aku terima dan redha dengan ikhlas, sesungguhnya kau maha mengetahui sesuatu yang tidak aku ketahui dan tunjukkanlah aku kebaikan atas sesuatu yang telah engkau tetapkan kepada kami. Berilah jua aku kesempatan untuk membahagiakan orang tuaku, berilah kesihatan yang penuh kepadanya. Amin.

No comments:

Post a Comment