Hari ni Ahad, 21 Oktober 2012, aku bekerja seperti biasa di kedai Keris Mas UKM sebagai part time worker.Salah satu benda best yang aku suka kerja situ ialah aku dapat baca apa sahaja yang ada di kedai tu macam segala jenis paper, majalah ilmu dan majalah hiburan. Best.
Sedang selak2 paper, muka depan paper Metro yang tebal hari ni menceritakan tentang isu poligami atau penganiayaan terhadap wanita di mana lebih dari 11 wanita dimadukan oleh seorang suami yang mana berperwatakan warak dan alim.
Paper Metro : 11 isteri 1 suami!
Muka tatkala baca kerut beribu-ribu. Dada terasa panas membuak. Mulut rasa nak memaki hamun. Rasa nak tutup je kedai masa tu. Sampai pelanggan pun tegur, "kenapa muka masam je baca paper tu, ada benda menarik ke?". Aku cuma jawab, "sakit hati". As simple as that.
Beberapa hari sebelum hari ni, minggu lepas tak silap aku, ada satu paper yang mengetengahkan isu poligami ni di mana syarat untuk berpoligami mahu dilonggarkan. Aku pun rasa nak meletup juga bila ramai yang like dan rasa suka dengan isu ni. Pada aku ini bukan isu main2, bukan bahan lawak2 yang anda boleh bawa ke mapley dan gelak2. Aku serius.
Aku serius tentang apa sahaja yang berkaitan wanita dan hak2 wanita memandangkan aku juga adalah wanita. Dengan apa cara sekali pun walau dengan bukti yang tidak kukuh dan alasan yang tidak munasabah aku tetap akan bahas dan debatkan perkara yang berkaitan wanita. Dari dulu hingga sekarang, aku memang pantang, pantang bila orang pandang remeh perkara2 macam ni.
Biarlah orang nak kata, nak tuduh, nak label aku ni bukan umat nabi muhammad kononnya sebab aku menolak poligami. Biarlah. Aku tak peduli dengan cakap orang. Mereka siapa nk menghukum aku. Tuhan?
Sebab aku menolak poligami :
1) Golongan mahasiswa mana2 universiti semua 70% adalah wanita. Pada masa akan datang, mungkin golongan yang lebih berilmu itu adalah wanita. Golongan yang bekerjaya itu juga adalah wanita. Jadi pabila lelaki malas mencari ilmu, pandang enteng dengan kewajipan mereka berilmu, wajarkah mereka diberi hak untuk berpoligami kelak bagaimana mahu membimbing isteri2 yang ramai tanpa ilmu? TIDAK!
2) Pabila golongan wanita lebih ramai yang bekerjaya dan lelaki menganggur atau punyai pekerjaan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, hanya mengharap duit dari isteri, meskipun isteri kaya, wajarkah mereka yang lelaki ini diberi peluang berpoligami? TIDAK!
3) Dunia teknologi yang semakin canggih, dan media cetak,elektronik yang semakin berleluasa, menyebabkan golongan kita terdedah dengan pelbagai tindakan/perilaku tidak bermoral yang menjadi ikutan mereka sehingga menjadi amalan seperti buli/rogol/video2 lucah dan sebagainya hingga menjejaskan moral mereka, sehingga ada yang berfikir kawin hanya untuk menghalalkan yang haram, maka wajarkah mereka diberi hak berpoligami? TIDAK!
4) Setelah berkawin dan mendapat zuirat, para isteri menyediakan segala kelengkapan anak, menjaga anak, pergi balik sekolah, makan pakai anak dari bayi sampai dewasa. Tugas suami hanyalah untuk tambah zuriat dan bukan menjaganya, maka wajarkah mereka diberi peluang berpoligami? TIDAK!
5) Kes anak-anak terbiar kerana jumlah anak dalam satu2 keluarga yang ramai, kes buang anak, jual anak, bunuh anak, rogol anak sendiri semakin menjadi-jadi. Wajarkah kita biarkan mereka berpoligami sedangkan apa yang ada sekarang pun mereka tidak mampu menjaga? TIDAK!
Semoga segala pihak memahami situasi ini. Cukup2lah menganiaya kami wahai lelaki. Yang bertanggungjawab tu jalan2 kanlah tanggungjawab anda. Pihak atasan buat apa? Pegawai agama mana pergi? Kalau hal pungut zakat, hal tangkap khalwat, hal rasuah, semua nombor satu! Hal macam ni yang melibatkan masa depan, pandangan orang bukan islam pada agama kita, hak wanita, semua ni anda ambil mudah!!!! Mengapa???
5 sebab yang aku kemukakan di atas masih wajarkah aku dilabel sebagai 'golongan sesat' 'bukan umat nabi muhammad' ? Dari sekolah sampai zaman universiti tak habis2 anda melabel aku dengan gelaran2 seperti itu. Tapi fikirkanlah natijahnya dan konsekuensi atas apa yang aku jelaskan tadi.
Zaman dulu , para nabi berkahwin ramai sebab nak menyelamatkan kaum wanita. Nak membebaskan kaum wanita dari menjadi hamba dan sebagainya. Zaman sekarang dah tak ada perhambaan, kat Malaysia tak ada peperangan, dah tak ada benda2 ni. Ini bukan zaman jahiliah. Janganlah dunia maju, tapi otak korang mundur lagi ke zaman jahiliah sana.
Zaman sekarang lain pulak jadinya. Kawin lebih dari satu sebab isteri dah tak sedap. Sebab nafsu nak meratah wanita muda. Belajarlah kawal nafsu wahai lelaki. Belajarlah hormati kami dan hak kami. Letakkan diri anda, perasaan anda, di tempat kami.
No comments:
Post a Comment