Tuesday, December 25, 2012

Aduh Spoil!!!


 Oi, salam sejahtera ke atas semua makhluk2 yang melata di atas bumi Allah ini.

Well well west,
saja nk beritahu anda, saya baru pulang dari tanah tinggi Cameron pada 22 Disember 2012. Buat apa?
Ada bengkel gamelan di satu perkampungan kecil kat sana. Ada la dalam 50 buah rumah kat sana. 
So far, everything was fine. Pemandangan, orang2 kat situ, kemudahan, segalanya....better then UKM. ceh, apa2 semua nak bandingkan dengan ukm.

By the way, cerita bengkel gamelan bukan benda menarik yang nak diceritakan kat blog ni. Benda menarik ialah  cerita jejaka hot semasa kami dalam bengkel di sana selama 2 hari satu malam. 

Fine, fine fine...gemuruh letewww bile i sebut jejaka hot. Debo2 leteeewwww. Ish, gatal la uolls!

Jejaka tersebut adalah kawan kepada abang Mukmin senior gamelan kami. Kami tak tahu pulak yang abg Mukmin akan bawak sekali kawan beliau ke Cameron. 

Masa mula2 die tunggu bas dengan kami di panggung seni UKM. Muka macho habes, berdiri tegak, dengan badan yang boleh2, tinggi yang boleh2 la, ada sikit jambang. Pendek kata, perfect saja, sedap mata memandang bagi gadis2 gamelan pada masa tersebut.

Sedang asyik aku memerhati gadis2 duk usha jejaka tersebut yang berdiri menunggu bas, ceh..dengan machonya tanpa disuruh jejaka tersebut  menunjukkan kegagahannya mengangkat periuk, kuali, tong gas untuk kami masak di cameron ke dalam bas seorang diri. Tanpa membuang masa aku pun bergerak ke arahnya.

"Wah...apa kata abg yang kacak lagi gagah ni tolong kami angkat barang2 gamelan yang berat2 kat dalam tu masuk bas jugak," kata aku sambil senyum. Die terus kata ok dan bergerak dengan sepantas kilat ke bilik gamelan tanpa berlengah. Tak payah tunjuk jalan, die jalan sendiri ke sana dengan lajunya kau. Sumpah tak tipu. Ho maigawd!

Dengan gagahnya, kayu2 penggalas bonang yang besa2 dabak tu die angkat keluar dengan satu tangan je. Kau rasa jejaka2 luar sana mampu? Hahaha... Kami SEMUA....SEMUA....kaguum! Ho maigawd!

Okeh, sampai cameron, malam tu kami kena masak sendiri. Tapi! Jeng jeng jeng! Abang Mukmin dan kawannya si jejaka tu volunteer nak masak untuk kami! Pergh!

Dah mula lah nampak kemesraan yang terjalin antara abang2 dan adik2 gamelan. Mesra.......
Aku pulak, dah penat, so aku malas ambil port, aku lepak dalam bilik je. Just usha2 gak la diorang dari tingkap bilik.

" Kau nak macam mana lagi, abang tu pandai masak, rajin, baik, sopan, romantik, dah ada kereta, ada rumah, semua benda die buat sendiri. Kau tahu aku datang study rumah die, die hidang aku air tau, punyalah rajin die kat dapor, tak nak try??," ada suara mengusik aku. Aku telan liur. Gulp!

Gile. Ini sugguh gile. Haaaaa....debo2 tak? Dup dap dup dap tak?

Aku usha keluar, dah tak seronok orang duk cucuk2 cakap nak kenankan aku dengan jejaka. Padahal saje je nak menyakat. Semua pun pakat2 nak mengada. Takdejadah aku nak mengusha mengenan orang2 yang aku sendiri tak tahu nama sampai la ni, pergh! berlagak diva siot ayat. Soorrrryy kalau ada yang dah termuntah hijau biru kuning bile baca ni.

Well, sesampainya aku di dapor..................... Aku dengar perbualan abang  mukmin dan jejaka dan beberapa orang gadis2 gamelan.

Berikut adalah beberapa rakaman ayat jejaka yang dimainkan semula dalam bentuk tulisan yang sempat penulis ingat di dalam kotak minda dan diterbitkan dalm bentuk penulisan blog. Hayati bait2 ini:

"ni macam mana ni u, i tak reti.."
"ha ni, ambil ni korang potong dadu jugak, aku nak masuk dalam mi"
"u,u nak suruh i goreng jugak ke"
"ok, yang ni kire out, tak reti masak la korang ni"
"awwwwww...panas"

Holly shit! Aku tergamam. Aku gosok2 mata. Aku tenung2. Aku terpaku..1 saat 2 saat 3 saat...dan...aku terus masuk bilik. Ho maigawd!

Korang tahu ke apa aku nampak? Apa aku dengar? Apa yang terjadi? Tahu? Tahu? Arghhhhh!!! Spoil!!

Fully transformation from a truly man to a...a...a....half man,or maybe quarters man,or maybe a woman. Damn it! Spoil! Arghhhhhhhhh i dun wanna live in this planet anymore!!! 

Berikutan sejak malam tersebut hingga ke hari berikut berikutnya aku terus dijangkiti demam terkejut. Haha. Bapak dahsyat pengalaman aku di Cameron Highland. 

Sampai sekarang bila aku teringat raut wajahnya, muka machonya, gaya gagahnya mengangkat barang2, aku mengeluh... Sayang....sayang sugguh! Spoil!

4 comments:

  1. Hhhahahhahaha, kelakar. xD Sesungguhnya tanah melayu dah dibanjiri dengan lelaki2 yang lembut sifatnya dari seorang perempuan normal. >_<

    ReplyDelete
  2. LOL. betul2. but then, ada jugak yg lembut but do have interest in woman.

    ReplyDelete