Monday, December 31, 2012

Positive Thinking

Salam BR1M kepada anda semua.

This is not a rekaan story. Just tangan menggatal nak menulis even saya dilarang sekeras-kerasnya oleh beliau untuk menulis tentang beliau. Namun.......

Ah, apa salahnya sekali sekala kita tak ikut kehendak orang lain. Kan?

Saya selaku makhluk tuhan yang jarang menulis benda baik2 mahu pun bercakap yang baik2 tentang manusia di sekeliling saya tiba2 terasa untuk mengubah kenyataan tersebut. Mungkin tahun baru ini akan bertambah baik jika saya mulakan dengan mengenang, mengingat, menghargai perkara baik dan jasa baik seseorang supaya saya sentiasa melihat kebaikan dan kepositifan yang terdapat dalam diri individu tersebut sebelum melihat keburukannya. Moga usaha untuk lebih bersangka baik dan berfikiran positif terhadap semua makhluk ini menjadi kejayaan kepada saya.

Beliau Cllmynme (bukan nama sebenar) dilahirkan dengan cukup sempurna segala sifat. Punyai 2 orang adik yang sama jantina dengannya. Antara perkara yang membuatkan saya tertarik dengan beliau :

1) Sangat prihatin terhadap keluarga, seorang anak yang baik, prihatin, a good listener to his mother, boleh diharap, dan sangat care dengan adik-adiknya.

2) Suka membantu orang senyap2 tanpa perasan secara sedar. Juga taidak mengharapkan balasan. Jarang orang macam ni ada di dunia hatta mana2 planet sekali pun.

3) Sanggup berhujan, bersakit, berpenat kerana kawan. Sangat menghargai kawan2. Tak pernah lupa kawan walaupun sudah ada kereta mewah (contoh) etc.

4) Tak pernah ambil kesempatan pada mana2 perempuan. Kalau kawan2 member2 duk usha awek tepi2 jalan, swit2 awek 7e, main2 kacau waiter yg ambil order, die x ambil port. In other words, dia sangat menghormati manusia yang digelar wanita. Sangat bahagia sapa jadi bini beliau nanti.

5) Tak suka bergosip, mengumpat, apa tah lagi bercakap tentang keburukan seseorang walaupun dia tahu keadaan sebenar orang tersebut. Beliau berkawan dengan semua tanpa bias.

6) Tak pernah buka keburukan orang lain, mencemuh, memaki, marah2 dan sebagainya di laman sesawang, laman sosial dan sebagainya untuk mengaibkan orang tersebut.

7) Sentiasa bersabar walaupun kawan2 selalu mengabaikan beliau katanya. Tak pernah mengungkit dan selalu simpan masalah seorang diri. Tak pernah menyusahkan orang lain untuk dengar masalahnya. Dan tak pernah pula pergi cari mana2 perempuan untuk meluah masalah kerana katanya, dia tahu perkara tersebut boleh menyebabkan terbitnya perasaan suka sama ada dia pada individu tersebut atau sebaliknya which i think is a good point.

8) Tak pernah dengar dia bercakap lucah, kasar, tinggi suara, lantang, dan tidak sopan di hadapan kawan2 lelaki apatah lagi perempuan.

9) Sangat mengambil berat terhadap junior2 nya.

10) Sangat tak berkira kalau soal wang. Malah punya usaha, ikhtiar untuk mencari wang saku sendiri tanpa menyusahkan kedua orang tuanya. Even rumah orang tuanya pun dia tolong bayarkan sekarang tiap2 bulan. Kalau tak silap la.

Those adalah few things bout him yang saya ingat untuk list setakat ini. Ini adalah perkara2 yang membuatkan saya tertarik dengan beliau. Ada benda2 lain yang membuatkan saya rasa he is the best man, IN SOME POINT. haha. Semoga dengan ini, apabila saya kusut, apabila saya keliru, apabila saya rasa macam nak meletop, saya boleh refer apa yang saya tulis dan recall back what he has done for me, for his family, for his friends etc which make him what he is now. That make him so special bcz nobody can be as good as that at certain point.

Semua orang tak akan perfect. Kita bukan ma'sum macam nabi. Akan ada perkara yang kita lakukan tidak menjadi kesukaan orang ramai. Kita harus ingat, kita sendiri tidak sempurna akhlaknya, janganlah mengharap sahabat, kawan2, orang2 sekeliling kita untuk jadi perfect 100% mengkikut apa yang kita ingini. Hidup kena selalu give and take.

Dan....belajar2 lah untuk lihat sudut positif, kebaikan, jasa seseorang itu sebelum berfikir buruk dan negatif terhadapnya. Ingat tu NWI! =p

2 comments:

  1. tapi dari apa ko tulis, macam perfect je brader ni....haha!

    anyway, good luck okay.

    ReplyDelete