Thursday, September 20, 2012

Emosi tersembunyi

Salam salam salam.
Entry kali ini ingin saya berkongsi tentang mood seseorang ketika di alam maya. Kadangkala bila kita menaip tak sama dengan apa yang kita ekspresikan, kita fikirkan, seterusnya membawa kepada kecelaruan terjemahan emosi seseorang terhadap kita. Mungkin kita menaip dengan pengakhiran ayat diikuti dengan tanda seru hanya sebagai satu 'trademark' atau sahaja bergurau sesama teman pada kita, tetapi kita mungkin disalah tafsirkan bahawa sedang marahkan seseorang.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengekpresikan perasaan mereka semasa menaip sama ada menambah smiley, menambah gambar dan sebagainya. Tidak kiralah menaip mesej untuk khidmat pesanan ringkas, menaip komen, hatta menaip entry blog sekali pun.

Kali ini saya ingin kongsikan emosi atau mood saya tatkala menaip pesanan ringkas kepada teman-teman atau sesiapa sahaja. =)

Berikut adalah mood saya semasa menaip mesej kepada sesiapa sahaja la :

1. Mesej banyak koma atau pengakhiran dengan koma ( , ) contoh "saya ok, biase je, knpe,"
mood :
  • senang berkomunikasi dengan subjek.
  • berharap/tidak mahu perbualan tamat.
  • interested untuk terus berkomunikasi di kala itu dan ke peringkat selanjutnya.
2. Mesej banyak noktah ( . ) contoh "saya ok. biase je. knpe."
mood :
  • marah/tidak senang/sakit hati/sedih terhadap subjek.
  • tidak berharap perbualan berterusan waktu itu.
  • give up dengan subjek.
  • tegas dengan sesuatu.
  • serius.
  • tidak mahu ada unsur lawak.
3. Mesej tanpa noktah atau koma. Hujungnya kosong. contoh "saya ok biase je knpe"
mood:
  • tak ada mood dengan subjek.
  • tidak ada hati nak berkomunikasi dengan subjek.
  • tidak berharap subjek membalas pesanan.
  • tidak puas hati terhadap subjek tahap tertinggi.
  • malas melayan kerenah subjek.
  • jemu dan bosan dengan subjek untuk sesetengah perkara.
4. Setiap pengakhiran mesej berakhir dengan soalan kepada subjek. contoh "saya ok, biase je, knpe? awak tak sibuk ke? "
mood:
  • terus bertanya untuk memastikan perbualan berterusan dengan subjek membalas pesanan dengan menjawab soalan.
  • berfikir apa-apa sahaja soalan untuk ditanya.
  • kebiasaannya akan ignore sekeliling atau pesanan-pesanan lain dan fokus pada yang satu ini.
  • lebih berminat untuk meneruskan komunikasi bukan takat waktu itu sahaja malah hari-hari mendatang.
  • curious tentang sesuatu benda.
  • obses
5. Mesej banyak smiley. contoh "saya ok. =) biase je, knpe, =p"
mood:
  • lebih kepada careful terhadap perasaan subjek.
  • biasanya untuk subjek2 yang sensitif.
  •  menunjukkan sangat appreciate terhadap apa yang dilakukan subjek.
Saya dah kongsi mood saya. Jadi apa pula mood anda? 

No comments:

Post a Comment