Berubah itu tak salah. Tapi kadang-kadang apa salah kita ambil satu dua kata-kata negatif orang sekeliling mengenai perubahan diri dan ambil masa muhasabah diri sendiri.
Betul ke apa yang aku buat?
Betul ke jalan yang aku pilih?
Betul ke ini yang terbaik untuk aku, masa depan aku, ukhwah aku dengan manusia sejagat?
Tak salah kan kita ambil kira juga negative views orang tentang diri kita. Jangan yang negatif semua tolak tepi dan rasa megah dengan apa yang kita ada dan miliki sekarang ini.
******
"jadi...saya tak salahkan awak jika awak berubah. mungkin ada sebabnya. mungkin. harap saja sebabnya itu untuk kebaikan bersama dan bukan untuk keburukan."
******
Jaga hubungan sama allah, juga sesama manusia.
Jika aku salah, mohon tunjukkan jalan dengan baik.
Jika aku leka, mohon sedarkan segera.
Jika aku keliru, mohon fahamkan aku dengan sesuatu.
Tak susah kan. Seriously.
Sesungguhnya seterus ini saya akan sentiasa berlapang dada mendengar kritikan, nasihat, kata2 buruk baik, tangisan, makian atau apa sahaja asalkan you say something baik terang-terangan atau private.
Dengan berkata sesuatu maka akan terjelas perkara yang kabur. Akan terhindar teka teki yang tidak baik. Akan terjaga sesuatu hubungan.
No comments:
Post a Comment