Suka serangga? Suka makan serangga?
How about this?
Cik Lipas |
Cik Semut |
Cik Nyamuk |
Pertama sebab lipas memang kotor dan bawa penyakit. Diorang dah tahu diorang kotor, so kalau kita terserempak kat dia mana2, lepas tu kita cuba mengelakkan diri, tu jam juga la dia akan kejar kita sedaya upaya dan kadang2 terbang atas kepala. Kita lari, dia kejar. Kita kejar dia tak lari pulak. Geli! Disrespect!
Kedua sebab semut suka gigit aku tak kira tempat hari dan waktu padahal aku tak pernah pun seumur hidup ni gigit diorang tambahan aku siap bagi lagi diorang semua menginap di rumah aku tanpa mengenakan sebarang cas tersembunyi. Ungrateful! Dah tu suka mencuri makanan aku. Kalau nak, minta la izin, aku bagi punya. Ni duk terjah dalam balang gula, dalam coklat kesayangan aku. Ish! Unforgivable!
Ketiga sebab nyamuk ni membuatkan aku secara tak officialnya mendermakan darah pada yang tak sepatutnya! Kerana diorang la aku berbintat sana sini! Dari kaki aku putih melepak dari sebarang noda tiba-tiba jadi macam kain putih bercorak polka dot merah sana sini. Kerana diorang juga la aku tak pergi2 lagi derma darah. Dah diorang sedut semua darah aku secara percuma senyap2. Illegal idiot punya nyamuk!
Maka aku telah melancarkan perang besar2 terhadap tigo nate ni. So memang kalau die tak berdusa pada aku tatkala aku melihat mereka, aku tetap akan membunuh mereka dengan sadisnya tanpa meninggalkan bukti. Seriously.
But then, di hari pertama perkuliahan hari ini, lecture Prof Dr Idris telah bersyarah kepada aku tentang peri pentingya kewujudan serangga di atas muka bumi ini. Aku pulak selaku ahli zoology bertanggungjawab memastikan kelestarian alam flora dan fauna. Tidak boleh berlaku zalim kepada apa jua jenis binatang. No compromise.
Tambah beliau, kalau dah serangga tu duk dalam pinggan makan kita, kita bunuh la dia kerana boleh memudaratkan, tapi kalau dah nampak dia duk jauh ber ela2 dari kita tak buat apa, toksah kacau, lantak pi la ke dia.
Aku diam.
Diam.
Dan diam lagi.
Cis! Duk perli aku la tu.
Namun begitu, ada banyak sangat2 benda menarik yang aku nak tahu pasal serangga ni.
Adakah anda tahu bahawa sebenarnya termite adalah buta? Aku pun baru tahu tadi.
cik anai-anai yang meskipun buta penglihatan namun mampu meranapkan lemari baju aku! |
Adakah anda tahu bahawa dragonfly adalah satu2nya insect yang mempunyai 10 segment part of body dan sexual organnya terletak di tengah2,dan bukannya di hujung badan? Aku pun baru tau tadi.
Cara mating cik pepatung juga adalah sangat unik! Seriously! |
Kajian antropologi pula menyatakan bahawa orang Maya merendamkan kain kasa ke dalam darah lembu sebelum meletakkannya pada luka untuk menarik perhatian lalat supaya bertelur, kemudiannya menjadi berenga yang memakan tisu mati pada luka.
Mari makan bersama-sama. Cik berenga. |
Adakah anda tahu bahawa serangga hidup lebih 200 juta tahun dahulu manakala manusia pula hidup sejak 2 juta tahun dahulu? Aku pun baru tau tadi.
Aku hidup lagi lama dr hgpa suma kot..Aku lagi byk mkn garam dr tok nek hgpa! So respek aku! |
Kata Prof lagi, bertapa mudanya kita dibandingkan dengan serangga. Dan bertapa bijaknya mereka dari kita sebenarnya. Every things in this world have their own role. Kata saja lebah, entah berapa banyak kegunaan mereka selain panghasilan madu dan pendebungaan.
Sekarang ni orang duk sibuk nak usahakan serangga menjadi makanan harian kita kerana serangga dikatakan less carbon, less cholestrol and more protein. Bagus bagi menggantikan daging.
Lepas ni mungkin kita akan jumpa burger lipas? Char kuey tiau belalang kunyit? Atau mentadak mentadu bakar? Seriously!
Kagum?
Aku pun kagum!
Jadi?
Jadi apa?
Jadi...Bidang Zoologi ni bukanlah bidang tak ada kerja. Bukanlah bidang orang malas. Bukanlah bidang tak ada nilai di mata dunia. As long as you appreciate your knowledge then you know the value.
Love Animalia!
No comments:
Post a Comment