Monday, December 31, 2012

Positive Thinking

Salam BR1M kepada anda semua.

This is not a rekaan story. Just tangan menggatal nak menulis even saya dilarang sekeras-kerasnya oleh beliau untuk menulis tentang beliau. Namun.......

Ah, apa salahnya sekali sekala kita tak ikut kehendak orang lain. Kan?

Saya selaku makhluk tuhan yang jarang menulis benda baik2 mahu pun bercakap yang baik2 tentang manusia di sekeliling saya tiba2 terasa untuk mengubah kenyataan tersebut. Mungkin tahun baru ini akan bertambah baik jika saya mulakan dengan mengenang, mengingat, menghargai perkara baik dan jasa baik seseorang supaya saya sentiasa melihat kebaikan dan kepositifan yang terdapat dalam diri individu tersebut sebelum melihat keburukannya. Moga usaha untuk lebih bersangka baik dan berfikiran positif terhadap semua makhluk ini menjadi kejayaan kepada saya.

Beliau Cllmynme (bukan nama sebenar) dilahirkan dengan cukup sempurna segala sifat. Punyai 2 orang adik yang sama jantina dengannya. Antara perkara yang membuatkan saya tertarik dengan beliau :

1) Sangat prihatin terhadap keluarga, seorang anak yang baik, prihatin, a good listener to his mother, boleh diharap, dan sangat care dengan adik-adiknya.

2) Suka membantu orang senyap2 tanpa perasan secara sedar. Juga taidak mengharapkan balasan. Jarang orang macam ni ada di dunia hatta mana2 planet sekali pun.

3) Sanggup berhujan, bersakit, berpenat kerana kawan. Sangat menghargai kawan2. Tak pernah lupa kawan walaupun sudah ada kereta mewah (contoh) etc.

4) Tak pernah ambil kesempatan pada mana2 perempuan. Kalau kawan2 member2 duk usha awek tepi2 jalan, swit2 awek 7e, main2 kacau waiter yg ambil order, die x ambil port. In other words, dia sangat menghormati manusia yang digelar wanita. Sangat bahagia sapa jadi bini beliau nanti.

5) Tak suka bergosip, mengumpat, apa tah lagi bercakap tentang keburukan seseorang walaupun dia tahu keadaan sebenar orang tersebut. Beliau berkawan dengan semua tanpa bias.

6) Tak pernah buka keburukan orang lain, mencemuh, memaki, marah2 dan sebagainya di laman sesawang, laman sosial dan sebagainya untuk mengaibkan orang tersebut.

7) Sentiasa bersabar walaupun kawan2 selalu mengabaikan beliau katanya. Tak pernah mengungkit dan selalu simpan masalah seorang diri. Tak pernah menyusahkan orang lain untuk dengar masalahnya. Dan tak pernah pula pergi cari mana2 perempuan untuk meluah masalah kerana katanya, dia tahu perkara tersebut boleh menyebabkan terbitnya perasaan suka sama ada dia pada individu tersebut atau sebaliknya which i think is a good point.

8) Tak pernah dengar dia bercakap lucah, kasar, tinggi suara, lantang, dan tidak sopan di hadapan kawan2 lelaki apatah lagi perempuan.

9) Sangat mengambil berat terhadap junior2 nya.

10) Sangat tak berkira kalau soal wang. Malah punya usaha, ikhtiar untuk mencari wang saku sendiri tanpa menyusahkan kedua orang tuanya. Even rumah orang tuanya pun dia tolong bayarkan sekarang tiap2 bulan. Kalau tak silap la.

Those adalah few things bout him yang saya ingat untuk list setakat ini. Ini adalah perkara2 yang membuatkan saya tertarik dengan beliau. Ada benda2 lain yang membuatkan saya rasa he is the best man, IN SOME POINT. haha. Semoga dengan ini, apabila saya kusut, apabila saya keliru, apabila saya rasa macam nak meletop, saya boleh refer apa yang saya tulis dan recall back what he has done for me, for his family, for his friends etc which make him what he is now. That make him so special bcz nobody can be as good as that at certain point.

Semua orang tak akan perfect. Kita bukan ma'sum macam nabi. Akan ada perkara yang kita lakukan tidak menjadi kesukaan orang ramai. Kita harus ingat, kita sendiri tidak sempurna akhlaknya, janganlah mengharap sahabat, kawan2, orang2 sekeliling kita untuk jadi perfect 100% mengkikut apa yang kita ingini. Hidup kena selalu give and take.

Dan....belajar2 lah untuk lihat sudut positif, kebaikan, jasa seseorang itu sebelum berfikir buruk dan negatif terhadapnya. Ingat tu NWI! =p

Tuesday, December 25, 2012

Aduh Spoil!!!


 Oi, salam sejahtera ke atas semua makhluk2 yang melata di atas bumi Allah ini.

Well well west,
saja nk beritahu anda, saya baru pulang dari tanah tinggi Cameron pada 22 Disember 2012. Buat apa?
Ada bengkel gamelan di satu perkampungan kecil kat sana. Ada la dalam 50 buah rumah kat sana. 
So far, everything was fine. Pemandangan, orang2 kat situ, kemudahan, segalanya....better then UKM. ceh, apa2 semua nak bandingkan dengan ukm.

By the way, cerita bengkel gamelan bukan benda menarik yang nak diceritakan kat blog ni. Benda menarik ialah  cerita jejaka hot semasa kami dalam bengkel di sana selama 2 hari satu malam. 

Fine, fine fine...gemuruh letewww bile i sebut jejaka hot. Debo2 leteeewwww. Ish, gatal la uolls!

Jejaka tersebut adalah kawan kepada abang Mukmin senior gamelan kami. Kami tak tahu pulak yang abg Mukmin akan bawak sekali kawan beliau ke Cameron. 

Masa mula2 die tunggu bas dengan kami di panggung seni UKM. Muka macho habes, berdiri tegak, dengan badan yang boleh2, tinggi yang boleh2 la, ada sikit jambang. Pendek kata, perfect saja, sedap mata memandang bagi gadis2 gamelan pada masa tersebut.

Sedang asyik aku memerhati gadis2 duk usha jejaka tersebut yang berdiri menunggu bas, ceh..dengan machonya tanpa disuruh jejaka tersebut  menunjukkan kegagahannya mengangkat periuk, kuali, tong gas untuk kami masak di cameron ke dalam bas seorang diri. Tanpa membuang masa aku pun bergerak ke arahnya.

"Wah...apa kata abg yang kacak lagi gagah ni tolong kami angkat barang2 gamelan yang berat2 kat dalam tu masuk bas jugak," kata aku sambil senyum. Die terus kata ok dan bergerak dengan sepantas kilat ke bilik gamelan tanpa berlengah. Tak payah tunjuk jalan, die jalan sendiri ke sana dengan lajunya kau. Sumpah tak tipu. Ho maigawd!

Dengan gagahnya, kayu2 penggalas bonang yang besa2 dabak tu die angkat keluar dengan satu tangan je. Kau rasa jejaka2 luar sana mampu? Hahaha... Kami SEMUA....SEMUA....kaguum! Ho maigawd!

Okeh, sampai cameron, malam tu kami kena masak sendiri. Tapi! Jeng jeng jeng! Abang Mukmin dan kawannya si jejaka tu volunteer nak masak untuk kami! Pergh!

Dah mula lah nampak kemesraan yang terjalin antara abang2 dan adik2 gamelan. Mesra.......
Aku pulak, dah penat, so aku malas ambil port, aku lepak dalam bilik je. Just usha2 gak la diorang dari tingkap bilik.

" Kau nak macam mana lagi, abang tu pandai masak, rajin, baik, sopan, romantik, dah ada kereta, ada rumah, semua benda die buat sendiri. Kau tahu aku datang study rumah die, die hidang aku air tau, punyalah rajin die kat dapor, tak nak try??," ada suara mengusik aku. Aku telan liur. Gulp!

Gile. Ini sugguh gile. Haaaaa....debo2 tak? Dup dap dup dap tak?

Aku usha keluar, dah tak seronok orang duk cucuk2 cakap nak kenankan aku dengan jejaka. Padahal saje je nak menyakat. Semua pun pakat2 nak mengada. Takdejadah aku nak mengusha mengenan orang2 yang aku sendiri tak tahu nama sampai la ni, pergh! berlagak diva siot ayat. Soorrrryy kalau ada yang dah termuntah hijau biru kuning bile baca ni.

Well, sesampainya aku di dapor..................... Aku dengar perbualan abang  mukmin dan jejaka dan beberapa orang gadis2 gamelan.

Berikut adalah beberapa rakaman ayat jejaka yang dimainkan semula dalam bentuk tulisan yang sempat penulis ingat di dalam kotak minda dan diterbitkan dalm bentuk penulisan blog. Hayati bait2 ini:

"ni macam mana ni u, i tak reti.."
"ha ni, ambil ni korang potong dadu jugak, aku nak masuk dalam mi"
"u,u nak suruh i goreng jugak ke"
"ok, yang ni kire out, tak reti masak la korang ni"
"awwwwww...panas"

Holly shit! Aku tergamam. Aku gosok2 mata. Aku tenung2. Aku terpaku..1 saat 2 saat 3 saat...dan...aku terus masuk bilik. Ho maigawd!

Korang tahu ke apa aku nampak? Apa aku dengar? Apa yang terjadi? Tahu? Tahu? Arghhhhh!!! Spoil!!

Fully transformation from a truly man to a...a...a....half man,or maybe quarters man,or maybe a woman. Damn it! Spoil! Arghhhhhhhhh i dun wanna live in this planet anymore!!! 

Berikutan sejak malam tersebut hingga ke hari berikut berikutnya aku terus dijangkiti demam terkejut. Haha. Bapak dahsyat pengalaman aku di Cameron Highland. 

Sampai sekarang bila aku teringat raut wajahnya, muka machonya, gaya gagahnya mengangkat barang2, aku mengeluh... Sayang....sayang sugguh! Spoil!

Thursday, December 6, 2012

Wonderful Colors of Life

Hi yall! Lama sudah tidak menaip. Hal ini kerana ke-busy-an yang melampau-lampau. Final year, thesis, proposal, assignment, presentation. Pretty damn tough!

Well, just wanna say, whenever i visit my own blog, i feel so so so so so damn happy and cheerful. Not because of the entry, not because of nobody there to leave a comment, not even because  im one of the 'forever alone' ranger. Haha. Its because of the colour of my blog.

Cheerful, colourful. Really release my stress. And whenever i look at it, i smile to the fullest.

So it's just true that colors fill your life. Try it out.

While looking at those colors of the background, i browse at some of old pictures of my family. Yeah, it totally grew a sense of 'what life is' 'how's my life have gone through'. All the colors relate to the pictures. Full of happiness, laughter, joke, funny things! And that make me feel wanna adore my own life history, and appreciate all of those memories till last.

When i think back of what i've done before, to myself, to my family, to my friends, to my teachers, to my beloved mom, to my arwah bapak, to my love.... i think of several things ; there's things that i feel like i wanna go back at that time to repair, there's things that i feel like im totally glad of doing that, there's things that i feel like i wanna stay longer for that moment and wish time stop by for a while, there's things i feel like i wanna do that again and again till i feel satisfied!

Yeah, when scrolling back to your life story, things that you'll remember most is most probably the sweetest thing ever and you gonna miss it. So that's why we took a picture of that moment to cherish in the future. Finally i realize it. How beautiful of my life. Struggle to live with my loves around. Quarreling, fighting, shouting, cursing, crying, hugging, celebrating.... We've gone through it. All of it.

I've seen them grown up so fast infront of my eyes. And i'm glad of it. They have grown up. And somedays, our lives will no longer be like this, we might have our own destination, own life, own family, own business to take care of. For now, let it just be, let us appreciate our life, our bond, our relationship to the fullest and fill it with bright, shine, beautiful colors!!!

abah and mama.
mama with 7th bro.
6th bro, mama and 2nd bro.
mom at the back, from left, 5th child, 3rd, 4th, 6th, and up there is the last, 7th.
from left, 3rd, 7th, 4th, 2nd sis/bro~
from left, 5th, 7th, 4th, 6th.
from left, 6th and 3rd.
7th bro and 3rd bro.
7th bro.
From left, 7th and 6th bro.
3rd bro.

See them? See their smiles? Now lets see how they look like today.... 

3rd and 7th bro.
3rd and 6th bro.
From left, 2nd, 5th, mama, 3rd, 4th sis/bro.
infront, 4th, followed by 7th, 2nd, 5th, 6th bro/sis.
white tudung 4th, at the back is the 6th, middle abah, black tudung 5th sis.
From left, 5th and 4th sis.
From left, 4th, 2nd, 5th sis.
This hantu gigi is my 7th bro.
Ugly smile by 7th bro! haha.
2nd sis and 7th bro.
hantu durian- 6th bro.
4th sis.

So far, those were pictures that i can share here. Actually theres a lot of pictures, pic of how we celebrate our family members birthday without a cake due to economic crisis but then we manage to just celebrate, wishing etc, and pictures of present that we prepared for mom or for sis/bro.

You know what, what i like the most about them, they never ever complain or sigh when there's alot of thing that we didn't get like other childs got, or things that is not enough for all of us, or nothing to be eat for that week, no money to buy birthday cake or present. Not a matter. Not an issue. We strive the best to be together.

I still remember how 6 of us manage to ikat perut seminggu to collect pocket money given from mom to buy her a birthday present. I think that was really an amazing teamwork. We go buy present, not enough money to buy a beautiful wrapper, we just wrap it with surat khabar. But later on, enjoy, and happy and cheer out loud when celebrate the super simple birthday and together clap hand, sing the birthday song! How wonderful and how i wish i can show you those pictures and video, but then i lost all of it. Damn this virus! It ate all my beautiful pictures!

Till now, itu sajalah yg boleh dikongsi. What i'm gonna say here. I'm just glad, to be with them, to know them, and to live with them. The most important thing is, i'm not wasting time anymore to not to realize how important they are in my life, still get the chance to share things with them! Hope to see any more change through us. =)









Saturday, October 20, 2012

Poligami

Hari ni Ahad, 21 Oktober 2012, aku bekerja seperti biasa di kedai Keris Mas UKM sebagai part time worker.Salah satu benda best yang aku suka kerja situ ialah aku dapat baca apa sahaja yang ada di kedai tu macam segala jenis paper, majalah ilmu dan majalah hiburan. Best.

Sedang selak2 paper, muka depan paper Metro yang tebal hari ni menceritakan tentang isu poligami atau penganiayaan terhadap wanita di mana lebih dari 11 wanita dimadukan oleh seorang suami yang mana berperwatakan warak dan alim.

Paper Metro : 11 isteri 1 suami!

Muka tatkala baca kerut beribu-ribu. Dada terasa panas membuak. Mulut rasa nak memaki hamun. Rasa nak tutup je kedai masa tu. Sampai pelanggan pun tegur, "kenapa muka masam je baca paper tu, ada benda menarik ke?". Aku cuma jawab, "sakit hati". As simple as that.

Beberapa hari sebelum hari ni, minggu lepas tak silap aku, ada satu paper yang mengetengahkan isu poligami ni di mana syarat untuk berpoligami mahu dilonggarkan. Aku pun rasa nak meletup juga bila ramai yang like dan rasa suka dengan isu ni. Pada aku ini bukan isu main2, bukan bahan lawak2 yang anda boleh bawa ke mapley dan gelak2. Aku serius.

Aku serius tentang apa sahaja yang berkaitan wanita dan hak2 wanita memandangkan aku juga adalah wanita. Dengan apa cara sekali pun walau dengan bukti yang tidak kukuh dan alasan yang tidak munasabah aku tetap akan bahas dan debatkan perkara yang berkaitan wanita. Dari dulu hingga sekarang, aku memang pantang, pantang bila orang pandang remeh perkara2 macam ni.

Biarlah orang nak kata, nak tuduh, nak label aku ni bukan umat nabi muhammad kononnya sebab aku menolak poligami. Biarlah. Aku tak peduli dengan cakap orang. Mereka siapa nk menghukum aku. Tuhan?

Sebab aku menolak poligami :
1) Golongan mahasiswa mana2 universiti semua 70% adalah wanita. Pada masa akan datang, mungkin golongan yang lebih berilmu itu adalah wanita. Golongan yang bekerjaya itu juga adalah wanita. Jadi pabila lelaki malas mencari ilmu, pandang enteng dengan kewajipan mereka berilmu, wajarkah mereka diberi hak untuk berpoligami kelak bagaimana mahu membimbing isteri2 yang ramai tanpa ilmu? TIDAK!

2)  Pabila golongan wanita lebih ramai yang bekerjaya dan lelaki menganggur atau punyai pekerjaan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, hanya mengharap duit dari isteri, meskipun isteri kaya, wajarkah mereka yang lelaki ini diberi peluang berpoligami? TIDAK!

3) Dunia teknologi yang semakin canggih, dan media cetak,elektronik yang semakin berleluasa, menyebabkan golongan kita terdedah dengan pelbagai tindakan/perilaku tidak bermoral yang menjadi ikutan mereka sehingga menjadi amalan seperti buli/rogol/video2 lucah dan sebagainya hingga menjejaskan moral mereka, sehingga ada yang berfikir kawin hanya untuk menghalalkan yang haram, maka wajarkah mereka diberi hak berpoligami? TIDAK!

4) Setelah berkawin dan mendapat zuirat, para isteri menyediakan segala kelengkapan anak, menjaga anak, pergi balik sekolah, makan pakai anak dari bayi sampai dewasa. Tugas suami hanyalah untuk tambah zuriat dan bukan menjaganya, maka wajarkah mereka diberi peluang berpoligami? TIDAK!

5) Kes anak-anak terbiar kerana jumlah anak dalam satu2 keluarga yang ramai, kes buang anak, jual anak, bunuh anak, rogol anak sendiri semakin menjadi-jadi. Wajarkah kita biarkan mereka berpoligami sedangkan apa yang ada sekarang pun mereka tidak  mampu menjaga? TIDAK!

Semoga segala pihak memahami situasi ini. Cukup2lah menganiaya kami wahai lelaki. Yang bertanggungjawab tu jalan2 kanlah tanggungjawab anda. Pihak atasan buat apa? Pegawai agama mana pergi? Kalau hal pungut zakat, hal tangkap khalwat, hal rasuah, semua nombor satu! Hal macam ni yang melibatkan masa depan, pandangan orang bukan islam pada agama kita, hak wanita, semua ni anda ambil mudah!!!! Mengapa???

5 sebab yang aku kemukakan di atas masih wajarkah aku dilabel sebagai 'golongan sesat' 'bukan umat nabi muhammad' ? Dari sekolah sampai zaman universiti tak habis2 anda melabel aku dengan gelaran2 seperti itu. Tapi fikirkanlah natijahnya dan konsekuensi atas apa yang aku jelaskan tadi.

Zaman dulu , para nabi berkahwin ramai sebab nak menyelamatkan kaum wanita. Nak membebaskan kaum wanita dari menjadi hamba dan sebagainya. Zaman sekarang dah tak ada perhambaan, kat Malaysia tak ada peperangan, dah tak ada benda2 ni. Ini bukan zaman jahiliah. Janganlah dunia maju, tapi otak korang mundur lagi ke zaman jahiliah sana.

Zaman sekarang lain pulak jadinya. Kawin lebih dari satu sebab isteri dah tak sedap. Sebab nafsu nak meratah wanita muda. Belajarlah kawal nafsu wahai lelaki. Belajarlah hormati kami dan hak kami. Letakkan diri anda, perasaan anda, di tempat kami.

Thursday, October 11, 2012

My Said

Adakah anda dipanggil sebagai anak yang lepas tangan jika anda berharap ibu/ayah anda yang kematian pasangan untuk berkahwin lagi supaya ada yang menjaganya?

Mungkin saudara terdekat, mungkin adik-beradik tak selesa dengan kewujudan orang baru dalam keluarga. Tetapi mungkin perkara ini tidak menjadi masalah besar sekiranya masing-masing memasang niat mahu memasukkan beliau sebagai ahli baru dalam keluarga dan mencipta sesuatu supaya keharmonian terbentuk.

Mungkin juga orang baru tersebut akan dilabel sebagai pengganti kepada yang telah tiada tersebut. Apa salahnya menjadi pengganti. Dari segi peranan dan tanggungjawabnya terhadap keluarga sememangnya orang baru tersebut adalah pengganti, tetapi tidak kepada memori dan keistimewaan yang sudah tiada itu bertukar ganti di dalam hati kita.

Jadi, apa mungkin jika aku membenarkan mama berkahwin lagi supaya kehidupannya lebih baik dan sejahtera? Bukanlah maksud aku hidupnya kini tidak baik, memandangakan kondisi dirinya yang kurang baik  dari dahulu di mana mama kehilangan penglihatan sebelah kiri semasa kemalangan lepas membuatkan aku sentiasa risau akan keterbatasan mama melakukan apa2 sahaja aktiviti bersendirian. 

Baru2 ini sahaja, mama kemalangan lagi dengan kereta kancil putih sedang dia menaiki motor selesai mengambil ubat di hospital untuk matanya. Anak mana tidak risau, tidak keruan hatinya. Dari hari ke hari ada sahaja benda yang tidak kena, tidak enak didengar. Mama pula bukan seorang yang mudah mengalah, ada sahaja benda yang nak dilakukan, dan baginya, mata yang kabur dan mata yang buta itu keduanya bukan halangan untuk dia melakukan semua benda yang pernah dia lakukan sewaktu sehat dahulu. Aku risau.

Risau maksud aku bukan risau tiada siapa menjaga makan pakai minum atau keperluan2 rumah yang lain yang perlu ibu aku sediakan. Risau aku adalah, mama. Kondisi mama. 

Semoga sahaja, adik2 yang lain bisa memahami kerisauan ini. Sebagai anak, kita juga mahu yang terbaik untuk ibu kita. Bukan kita tidak mampu menjaganya. Tetapi kita juga mempunyai tahap keterbatasan untuk melakukan sesuatu sama ada dari segi kekuatan, kewangan, masa, jarak dan sebagainya.

Mudah-mudahan sahaja tuhan mahu beri kesempatan berikutnya untuk mama bergelar seorang isteri kembali memandangkan usianya juga masih muda dan segalanya berjalan dengan baik. 

Keutuhan dan keharmonian rumah tangga sangat berperanan untuk aku terus menongkah arus perjalan hidup yang semakin mencabar ini. 

Tuhan, jika ini dugaan mu aku terima dan redha dengan ikhlas, sesungguhnya kau maha mengetahui sesuatu yang tidak aku ketahui dan tunjukkanlah aku kebaikan atas sesuatu yang telah engkau tetapkan kepada kami. Berilah jua aku kesempatan untuk membahagiakan orang tuaku, berilah kesihatan yang penuh kepadanya. Amin.

Sunday, September 23, 2012

Bila Akal Mula Bicara

Awal mesej orang 1 mesti panjang2,penuh2,banyak tanda soal.
Macam ni :

kat mana? dah makan? duit ada lagi tak? hujung minggu ni balik tak? kalau balik nak ambil tak?

Cukup panjang la untuk satu mesej. Itu antara mesej orang 1.

Awal mesej orang 2 pulak (kalau ada mesej la).
Macam ni :

??

atau

(kosong)

atau

tak mesej langsung.

seminggu. 2 minggu. 1 bulan. 2 bulan.

Cukup puitis. Cukup hebat bukan.

So, pada pendapat kalian, apakah aku patut mengabaikan orang yang menyayangi aku dan mengambil berat tentang aku untuk orang yang aku sayang tapi tak hargai aku?

Yeah. Aku pun sedang fikirkan.

Pernah ada satu buku aku baca, tulisan Taufiqurrahman dalam Munajat Cinta, buku cinta terhadap ketuhanan dan mencari jati diri, katanya ;

'apabila terlalu mencintai sesuatu secara berlebihan maka akan terdorong untuk mengurangkan cintanya terhadap yang lain.'

Aku fikir sejenak. Ya, aku admit, aku salah. Andai masa dapat diundur kembali..andai saja..
So apa yang aku nak katakan ialah, pandanglah orang yang sentiasa ada untukmu, sentiasa menyayangi dan menghargai kehadiranmu.

Berpijak di bumi yang nyata. Angan-angan yang tak bisa jangan difikirkan, tapi lepaskan ia.

Thursday, September 20, 2012

Emosi tersembunyi

Salam salam salam.
Entry kali ini ingin saya berkongsi tentang mood seseorang ketika di alam maya. Kadangkala bila kita menaip tak sama dengan apa yang kita ekspresikan, kita fikirkan, seterusnya membawa kepada kecelaruan terjemahan emosi seseorang terhadap kita. Mungkin kita menaip dengan pengakhiran ayat diikuti dengan tanda seru hanya sebagai satu 'trademark' atau sahaja bergurau sesama teman pada kita, tetapi kita mungkin disalah tafsirkan bahawa sedang marahkan seseorang.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengekpresikan perasaan mereka semasa menaip sama ada menambah smiley, menambah gambar dan sebagainya. Tidak kiralah menaip mesej untuk khidmat pesanan ringkas, menaip komen, hatta menaip entry blog sekali pun.

Kali ini saya ingin kongsikan emosi atau mood saya tatkala menaip pesanan ringkas kepada teman-teman atau sesiapa sahaja. =)

Berikut adalah mood saya semasa menaip mesej kepada sesiapa sahaja la :

1. Mesej banyak koma atau pengakhiran dengan koma ( , ) contoh "saya ok, biase je, knpe,"
mood :
  • senang berkomunikasi dengan subjek.
  • berharap/tidak mahu perbualan tamat.
  • interested untuk terus berkomunikasi di kala itu dan ke peringkat selanjutnya.
2. Mesej banyak noktah ( . ) contoh "saya ok. biase je. knpe."
mood :
  • marah/tidak senang/sakit hati/sedih terhadap subjek.
  • tidak berharap perbualan berterusan waktu itu.
  • give up dengan subjek.
  • tegas dengan sesuatu.
  • serius.
  • tidak mahu ada unsur lawak.
3. Mesej tanpa noktah atau koma. Hujungnya kosong. contoh "saya ok biase je knpe"
mood:
  • tak ada mood dengan subjek.
  • tidak ada hati nak berkomunikasi dengan subjek.
  • tidak berharap subjek membalas pesanan.
  • tidak puas hati terhadap subjek tahap tertinggi.
  • malas melayan kerenah subjek.
  • jemu dan bosan dengan subjek untuk sesetengah perkara.
4. Setiap pengakhiran mesej berakhir dengan soalan kepada subjek. contoh "saya ok, biase je, knpe? awak tak sibuk ke? "
mood:
  • terus bertanya untuk memastikan perbualan berterusan dengan subjek membalas pesanan dengan menjawab soalan.
  • berfikir apa-apa sahaja soalan untuk ditanya.
  • kebiasaannya akan ignore sekeliling atau pesanan-pesanan lain dan fokus pada yang satu ini.
  • lebih berminat untuk meneruskan komunikasi bukan takat waktu itu sahaja malah hari-hari mendatang.
  • curious tentang sesuatu benda.
  • obses
5. Mesej banyak smiley. contoh "saya ok. =) biase je, knpe, =p"
mood:
  • lebih kepada careful terhadap perasaan subjek.
  • biasanya untuk subjek2 yang sensitif.
  •  menunjukkan sangat appreciate terhadap apa yang dilakukan subjek.
Saya dah kongsi mood saya. Jadi apa pula mood anda? 

It is your life

People might force you to join their group, to follow what they say, to vote for their action, But make them know one thing. Whatever they do, nothing will change your mind because you will be what you believe and choose to be. You deserve on your life.

Wednesday, September 19, 2012

Sebuah Kemungkinan

Jumaat - Kelas postpone ye. Akan diadakan pada 25 September nanti.
Sabtu - Cuti.
Ahad - Cuti
Isnin - Cuti Hari Malaysia

Dia mencongak-congak jadual yang sangat loose. Bukanlah tidak padat jadual semester ini, cuma lab experiment untuk minggu pertama dan kedua tak bermula lagi dan kelas-kelas pun belum sepenuhnya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran memandangkan ada sesetengah pensyarah yang sibuk dan masih berada di luar negara.

JUMAAT
"Sudah lama tidak dengar khabar berita. Apa salahnya kali ini aku yang bertanya," bisik dia. Gerak tangan semakin laju menekan punat-punat nombor telefon.

bit..bit..bit..cukup lapan, sembilan kali berdering, dia letak. Sudah menjadi tabiat mengira bit telefon semasa mendail, kerana dia tidak mahu sia-sia kredit akan ditolak kerana peti simpanan suara, apabila masuk bit ke sepuluh tidak diangkat panggilan.

"mungkin dia tidak dengar barangkali. Tak mengapa, cuba lagi," pujuk hati dia. Dan sekali lagi mendail nombor yang sama. Nombor yang kerap bertukar entah apa alasannya dia sendiri tidak mengerti.

bit..bit..bit..juga masih tidak bersahut panggilan tersebut.

Dia termenung seketika, sejenak ,mereka-reka sebab positif dibalik kegagalan tadi.

"mungkin dia tengah solat kot," dia memejam mata dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Dilihat jam di tangan. Sudah masuk waktu. Sudah lama.

"tak mengapalah.malam sikit cuba lagi," dia cuba mengukir senyuman. Tawar. Dan hari itu menjadi hari yang tawar baginya.

Masa seakan merangkak melewati. Terasa berat mahu menunggu malam.

Akhirnya mentari beralah jua dengan rembulan. Begitulah kitaran mereka, tidak mungkin saling bertindih.

bit..bit..bit..masih tidak berjawab. Dia terasa cemas. Mungkinkah sesuatu yang buruk berlaku? Untuk kesekian kalinya, masih mencuba, dan jawapan yang sama, selepas bit ke sembilan masih lagi tiada suara di balik corong telefon tersebut. Dia mula ragu. Mula cemas. Namun digagahi menggarap fikiran sepositif mungkin.

dan kali ini..."mungkin sedang sibuk barangkali. sibuk. ya sibuk mungkin.'' Dia cuba menenangkan diri. Hasratnya masih sama. Masih mahu bertanya khabar. Mungkin hari ini bukan harinya. Mungkin esok. Esok barangkali.

SABTU
bit..bit..bit..dan kali ini ada suara menjawab. "maaf, talian anda tidak dapat disambungkan,sila tinggalkan mesej anda selepas bunyi bip". Dia menghela nafas panjang. Mungkin kali ini dia tidak lagi mampu bersabar, tidak lagi mengira bit seperti selalu.

Tidak mengenal erti putus asa, atau dengan kata lain masih mampu mengajar diri erti kesabaran, dia mendail untuk kedua kalinya hari ini.

Dan seperti biasa. Juga bunyi bit tanpa jawapan. Hampa.

"petang nanti lah," tegas,pantas,dan ringkas keputusan dia. Menunggu mentari gelincir ke timur.

bit..bit..bit.."maaf,talian anda tidak dapat disambungkan, sila tinggalkan mesej anda selepas bunyi bip". Masih lagi dengan jawapan yang sama.

Dan..dia masih lagi dengan pendirian. Masih lagi mahu mencuba. Mana tahu kali ini panggilan terjawab. Namun masih kosong. Menguji kesabaran.

"mungkin sedang berada di kawasan tidak dapat mengangkat telefon sekarang. Mungkin di padang. Mungkin sedang bermesyuarat. Semalam pula mungkin terlalu letih, tidur awal, tak dapat angkat," mungkin...mungkin...segala kemungkinan berada di situ. Dan dia menerima bulat-bulat segala kemungkinan yang direka.

"malam nanti pasti ok," kata putus yang positif. Penuh harapan tanpa kepastian.

Dan malam..

"Ini adalah peti simpanan suara bagi..," dia terus menekat punat merah. Mematikan talian.

Cuba lagi dan lagi.

Dan kali ini mungkin telefon di sana sudah penat berdering. Mungkin sudah tiada bertenaga. Talian terus tidak dapat disambung. Tiada langsung bunyi suara mahupun bit dari talian.

"bateri habis ni..biasala..," masih dengan nada yang sama, cuma riak sudah tidak setenang dulu. Segalanya mungkin. Kemungkinan yang baik mahu pun yang buruk.

AHAD
bit..bit..bit...kali ini berdering kembali. Barangkali mungkin sudah dicas handphonenya sebab itu sudah mampu berdering. Namun masih tiada jawapan. Seperti biasa. Biasa.

Sekali. Dua kali. Tiada jawapan.

"mungkin masih tidur, penat agaknya, petang nantilah," satu lagi harapan palsu. Satu lagi kemungkinan. Sekali lagi kesabaran.

bit..bit..bit..cukup lapan kali, satu suara dari corong menyahut. Tidak dikenali. Aneh. Lain macam. Ragu. Semuanya berkecamuk dalam jiwa dia. Ada apa-apakah yang tidak baik berlaku padanya? Oh tuhan..janganlah kau duga.

"hello!," kasar suara menyahut.

"err..hello, ***** ada? ," dia bertanya dengan sopan mengharap balasan yang juga positif. Atau paling tidak katakanlah sesuatu tentangnya. Adakah dia baik-baik sahaja.

Senyap.

Sunyi.

Soalan dia tidak berjawab. Ya atau tidak atau siapa ni atau apa sahajalah, tidak kedengaran.

1 saat
2 saat
3 saat....

dan panggilan tamat. Sebuah penantian dan kesabaran yang penuh dengan kekecewaan. Masih kekal misteri. Masih tertanya-tanya. Namun dalam kesakitan yang teramat dalam, masih menyebut-nyebut sebarang kemungkinan yang positif supaya dia tidak berfikir negatif meski jauh di sudut hati berkata;
 'segalanya cukup sampai di sini, sampai bila harus hidup berdasarkan kemungkinan positif yang direka sendiri, sampai bila harus terkapar-kapar tanpa tunjang, sampai bila harus berteka-teki sendiri, sampai bila harus berharap, sampai bila harus patuh dan taat, sampai bila harus menanti, sampai bila harus menahan rasa kecewa, sampai bila harus tersenyum di balik duka, sampai bila?'
Kesabaran dia ada BATASNYA.
Keetiaan dia ada BALASANNYA.
Kasih Sayang dia ada NILAINYA.
Ambil berat dia ada HARGANYA.

*********************************
ADA BEZA KESABARAN DENGAN KEBODOHAN. JANGAN BIAR DIRI ANDA JADI BODOH DENGAN SABAR UNTUK BENDA YANG TIDAK PERLU.
*********************************

Friday, September 14, 2012

Different

I don't apply to be different. But i am. In all way from others ; the way i talk, the way i walk, the way i dress, and obviously the structure of my body.

It make me lack n lack of confident. And i know if i keep feel this way, i will destroy myself  and nobody can help that. It is just me, to take all that thing in a positive way.

But,it can't be change. I am totally different form others. From other girls. And i am pretty damn sure about that!

I just can't shut people mouth from saying all those thing that really unpleasant to be hear about me even it is true. It is just they don't understand what i've been through and how stress i am when my effort to change seems not work!

Some says, it is good to be different. If all people in this world is the same, then it will be bored. All of that is just a bullshit i guess.

Again. I don't apply to be different.

And if u really want the 'unbored world' just like what u said, why not u stay in my place and be different from others. I want to see how long u can pretend to be proud of the difference u got.

How i wish i am normal. Just like you. Just like other girls. Will i get the chance to? Will i? Just once before i close my eyes.  Just once to feel honour to be my self and proud. Just once.


another bullshit quotes for 'the different'
 

Second Chance

Sedang..memikirkan...bahan...yang...hendak...ditaip...
*bingo! Idea mari!*

Everybody deserve a second chance? Agree?

If i can travel back to the past time i really really want to change a lot......of things! Seriously.
About what i choose for my life ; my courses, my friends, my partner, my appearance.

*sigh*

My religion said, what we have done, have something to do with HIM in which actually every single thing happen in our life is destined by Allah and HE knows better than us since HE said each occurrence have something good behind it for us.

So there's nothing to do with the word "regret" or "i need a second chance" in our phases of life.

Am i right or i just blur about this thing?

If every things had been destined and it is good for us, why do we need to travel back to the past and correct the situation as it is already in a correct way.

Or maybe, we just been destined to the the wrong way at the past and learn from it to do better in the future. If it is that way, isn't everybody have to give each other 'the second chance' to do what he should and never complain or question  why he done really badly in the past. Isn't it?

Well, correct me if im wrong. 



Tuesday, September 11, 2012

The changes

People do change. But how far? How good?

Berubah itu tak salah. Tapi kadang-kadang apa salah kita ambil satu dua kata-kata negatif orang sekeliling mengenai perubahan diri dan ambil masa muhasabah diri sendiri.
Betul ke apa yang aku buat?
Betul ke jalan yang aku pilih?
Betul ke ini yang terbaik untuk aku, masa depan aku, ukhwah aku dengan manusia sejagat?
Tak salah kan kita ambil kira juga negative views orang tentang diri kita. Jangan yang negatif semua tolak tepi dan rasa megah dengan apa yang kita ada dan miliki sekarang ini.

******
"jadi...saya tak salahkan awak jika awak berubah. mungkin ada sebabnya. mungkin. harap saja sebabnya itu untuk kebaikan bersama dan bukan untuk keburukan."
******

Jaga hubungan sama allah, juga sesama manusia.
Jika aku salah, mohon tunjukkan jalan dengan baik.
Jika aku leka, mohon sedarkan segera.
Jika aku keliru, mohon fahamkan aku dengan sesuatu.

Tak susah kan. Seriously.

Sesungguhnya seterus ini saya akan sentiasa berlapang dada mendengar kritikan, nasihat, kata2 buruk baik, tangisan, makian atau apa sahaja asalkan you say something baik terang-terangan atau private.

Dengan berkata sesuatu maka akan terjelas perkara yang kabur. Akan terhindar teka teki yang tidak baik. Akan terjaga sesuatu hubungan. 




Monday, September 10, 2012

Entomologi

Entomologi berasal dari dua perkataan ; entomon - serangga, dan logy - study. Maka Entomologi adalah study of insects.
Suka serangga? Suka makan serangga?

How about this?  
 
Cik Lipas
Cik Semut


Cik Nyamuk
Secara jujurnya, aku memang tak suka serangga. Aku anti semut dan lipas dan nyamuk juga.

Pertama sebab lipas memang kotor dan bawa penyakit. Diorang dah tahu diorang kotor, so kalau kita terserempak kat dia mana2, lepas tu kita cuba mengelakkan diri, tu jam juga la dia akan kejar kita sedaya upaya dan kadang2 terbang atas kepala. Kita lari, dia kejar. Kita kejar dia tak lari pulak. Geli!  Disrespect!

Kedua sebab semut suka gigit aku tak kira tempat hari dan waktu padahal aku tak pernah pun seumur hidup ni gigit diorang tambahan aku siap bagi lagi diorang semua menginap di rumah aku tanpa mengenakan sebarang cas tersembunyi. Ungrateful! Dah tu suka mencuri makanan aku. Kalau nak, minta la izin, aku bagi punya. Ni duk terjah dalam balang gula, dalam coklat kesayangan aku. Ish! Unforgivable!

Ketiga sebab nyamuk ni membuatkan aku secara tak officialnya mendermakan darah pada yang tak sepatutnya! Kerana diorang la aku berbintat sana sini! Dari kaki aku putih melepak dari sebarang noda tiba-tiba jadi macam kain putih bercorak polka dot merah sana sini. Kerana diorang juga la aku tak pergi2 lagi derma darah. Dah diorang sedut semua darah aku secara percuma senyap2. Illegal idiot punya nyamuk!

Maka aku telah melancarkan perang besar2 terhadap tigo nate ni. So memang kalau die tak berdusa pada aku tatkala aku melihat mereka, aku tetap akan membunuh mereka dengan sadisnya tanpa meninggalkan bukti. Seriously.

But then, di hari pertama perkuliahan hari ini, lecture Prof Dr Idris telah bersyarah kepada aku tentang peri pentingya kewujudan serangga di atas muka bumi ini. Aku pulak selaku ahli zoology bertanggungjawab memastikan kelestarian alam flora dan fauna. Tidak boleh berlaku zalim kepada apa jua jenis binatang. No compromise.

Tambah beliau, kalau dah serangga tu duk dalam pinggan makan kita, kita bunuh la dia kerana boleh memudaratkan, tapi kalau dah nampak dia duk jauh ber ela2 dari kita tak buat apa, toksah kacau, lantak pi la ke dia.

Aku diam.

Diam.

Dan diam lagi.

Cis! Duk perli aku la tu.

Namun begitu, ada banyak sangat2 benda menarik yang aku nak tahu pasal serangga ni.

Adakah anda tahu bahawa sebenarnya termite adalah buta? Aku pun baru tahu tadi.

cik anai-anai yang meskipun buta penglihatan namun mampu meranapkan lemari baju aku!

Adakah anda tahu bahawa dragonfly adalah satu2nya insect yang mempunyai 10 segment part of body dan sexual organnya terletak di tengah2,dan bukannya di hujung badan? Aku pun baru tau tadi.

Cara mating cik pepatung juga adalah sangat unik! Seriously!
Adakah anda tahu berenga lalat boleh merawat luka? Aku pun baru tau masa sedang taip entry ni.
Kajian antropologi pula menyatakan bahawa orang Maya merendamkan kain kasa ke dalam darah lembu sebelum meletakkannya pada luka untuk menarik perhatian lalat supaya bertelur, kemudiannya menjadi berenga yang memakan tisu mati pada luka.
Mari makan bersama-sama. Cik berenga.

Adakah anda tahu bahawa serangga hidup lebih 200 juta tahun dahulu manakala manusia pula hidup sejak 2 juta tahun dahulu? Aku pun baru tau tadi.

Aku hidup lagi lama dr hgpa suma kot..Aku lagi byk mkn garam dr tok nek hgpa! So respek aku!

Kata Prof lagi, bertapa mudanya kita dibandingkan dengan serangga. Dan bertapa bijaknya mereka dari kita sebenarnya. Every things in this world have their own role. Kata saja lebah, entah berapa banyak kegunaan mereka selain panghasilan madu dan pendebungaan.

Sekarang ni orang duk sibuk nak usahakan serangga menjadi makanan harian kita kerana serangga dikatakan less carbon, less cholestrol and more protein. Bagus bagi menggantikan daging.

Lepas ni mungkin kita akan jumpa burger lipas? Char kuey tiau belalang kunyit? Atau mentadak mentadu bakar? Seriously!

Kagum?

Aku pun kagum!

Jadi?

Jadi apa?

Jadi...Bidang Zoologi ni bukanlah bidang tak ada kerja. Bukanlah bidang orang malas. Bukanlah bidang tak ada nilai di mata dunia. As long as you appreciate your knowledge then you know the value.

Love Animalia!



Saturday, September 8, 2012

Awek Sederhana

1- Tak perlu susah2 nak ada sebijik Vios mahupun dua buah kereta. Cukup sekadar ajak dating dengan kereta kancil cabuk atau sediakan duit tambang bas utk keluar sama2. Motor ride to dating2 adalah dilarang.

2- Tak perlu susah2 nak kol setiap hari utk tanya khabar. Cukup sekadar SMS 2 hari sekali, seminggu sekali atau berkali-kali. 

3- Tak perlu nak susah2 bawak makan kat kedai2 branded macam KFC,McD,Pizza,Domino,Secret Recipe bla bla bla bile kluar dating. Cukup sekadar lepas makan, kedai mamak tepi jalan makan meggi pun jadi.

4- Tak perlu susah2 nak buat surprise2 bagai utk gembirakan hati awek. Cukup sekadar ingat tarikh couple, ingat tarikh lahir.

5- Tak perlu susah2 fikir hadiah apa nak beli untuk hari2 special ; beg tangan gucci,prada,jimmy choo. Kasut tumit tinggi ala2 stiletto. Kek bertingkat-tingkat. Hadiah berkotak-kotak. Cukup sekadar sentiasa di sisi mengucapkan selamat dengan ikhlas.

6- Tak perlu susah2 terjun bangunan, masuk rancangan tv, upah orang main violin, buat ucapan ke corong2 radio untuk memujuk. Cukup sekadar call atau mesej mengucapkan maaf dengan ikhlas.

7- Tak perlu susah2 nak beli kamera mahal2 sampai beribu ringgit untuk ambil gambar bersama sebagai kenangan. Cukup sekadar beri gambar peribadi yang paling indah dan cantik untuk kenangan dan simpanan sendiri.

8- Tak perlu susah2 tiap minggu fikir keluar duit nak tengok wayang ke apa sama2. Cukup sekadar berjumpa, mata bertentang mata, senyuman, sapaan, bertanya khabar, bahagia jugak.

9- Tak perlu susah2 nak jaga penampilan dan gaya diri sampai beli semua barang branded dari kepala sampai kaki nak nampak cool bila bersama. Cukup sekadar kemas, bersih dan jadi diri sendiri serta selesa bila bersama-sama.

10- Tak perlu susah2 nak usha sampai SMS guna no kawan, private mesej facebook, bagi e-mail, hantar MMS gambar, komen status entah apa2, tulis surat berjela2 nak tackle. Dah suka terus datang rumah jumpa mak, minta izin nak kawan, terus boleh jadi life partner. Cukup.

Susah ke? Susah ke dengan awek macam ni? Susah ke nak jaga awek macam ni? Kalau rasa susah jugak, carilah mana2 awek yang boleh jadi macam 10 benda kat atas. Sekian.

it didn't hard if u try not to give up

Friday, September 7, 2012

Lets shopping

Halluuuu kepada awek2 serta balak2 kacak di luar sana mahu pun yg kurang kacak macam ambo nih.

Today cikgu nak bercerita soal shopping2. Ala beli belah..Yeah, itu lah dia!

shopping!!!

1st of all, which one do u prefer?

1) Beli satu jenis barang tapi harga mahal kerana kualiti.
atau
2) Beli banyak barang tapi harga murah. Kualiti tu so2 la..

Kalau ambo la kan, ambo prefer no 2. Mungkin sebab;

1. Ambo dari kecik sampai beso la ni dibesarkan dalam keluarga yg tak berapa nak berada. Tapi tidak la terkais-kais nak makan. Namun kerana keramaian adik beradik, maka mak ambo telah memberikan keperluan yang membuatkan kami sumo duk terebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu. Maka oleh itu, kalau nak beli apa2 barang, memang mak ambo ni akan choose bundle sebagai first choice beliau; barang 2nd 3rd 4th hand and so on la ada terjual dengan harga yg murah dan masih boleh nego walaupun harga murah nak mapuh. Oleh sebab itu ambo memang dah terbiasa dengan barang2 murah ni. First thing first,when we talk about buying things is about the price not the quality.
So, kalau orang dapat beg sekolah RM30 ke atas, kami dapat beg sekolah RM10 ke bawah. Kalau orang ada kasut sekolah 3-4 pasang dengan harga RM25 ke atas,kami boleh dapat maxima 2 pasang dengan harga RM10 ke bawah. Begitu juga dengan lain2 barang.

Pasar Karat antara bundle famous tempat ambo dan mak ambo sakan
2.Ambo dah kata ambo berasal dari keluarga yang tak berapa nak berada. Oleh itu,kesusahan,hard ship, titik peluh buat apa sahaja kerja untuk dapat duit poket sendiri utk beli barang2 keperluan diri sendiri membuatkan ambo MENCINTAI WANG.Namun ye anak2,jangan di salah erti,ambo ni bukan sama sekali pisau cukur mahu pun materialistik atau apa sahajalah. Ambo ini pencinta duit sejati. Mencintai wang dari titik peluh sendiri khususnya.
Contoh, hari ni balik sekolah cari tin2 kosang dan surat khabar utk jual dan dapat duit, target nak beli kasut baru, then bila dah terjual, duit yg tadi plan nak beli kasut terus tak jadi, rasa sayang nak berbelanja, last2 memang tak akan jadi beli sebab fikir2 lebih baik duit buat benda yg lebih bermanfaat. Jadi sampai ambo ke beso ni,ambo takut nak spend money even i have one.

orang kata kalau susah dapat kita akan hargainya.betul ke?
3.Ambo suka mengumpul barang. Contoh, ambo suko sangat tudung. Jadi ambo akan kumpul banyak tudung, oleh itu ambo akan pusing satu dunia untuk cari tudung2 murah. Beli banyak dengan harga murah. Kalau ambo kenan sangat kat barang yg mahal sikit,ambo akan pendam sependam pendamnya sampai hampir tenggelam di sanubari ini agar bersabar. Ambo tunggu sampai harga jatuh, org dah muak dengan trend ni baru la ambo merasa nak memilikinya.
Disebabkan ambo ni bukan orang berduit banyak, tak dapat nak eksen2 macam teman2,melawa dengan brg mewah2,maka ambo buat pilihan untuk pakai banyak,pakai tukar2,biar tak bosan sekali gus menggembirakan hati ambo yang kejelesan.

ni antara benda yg ambo suke sangat sangat sangat skang ni!
So,3 perkara di atas menyebabkan ambo dilabel sebagai barang murah,barang pasar,barang bundle. Namun ambo tak kesah sgt,janji ambo dapat barangan yg halal tak mencuri.

Hari ini mak ambo kasi ambo sekeping note RM50 suh ambo beli barang keperluan dah nak bukak semester. Ambo dating ngan kawan ambo. Duk sekampung. Kami duk pusing satu bando. Tahu berapa dia belanja untuk satu hari ni? Cecah ratus untuk satu seluar jeans,satu beg,satu jam tangan dan barang kecik2. Ambo? RM50 untuk satu seluar jeans,satu seluar slack,satu beg sandang,satu handsocks. Jangan main2 wo, orang kampung zaman sekarang pun taste tinggi2.

Entahlah,mungkin ambo ni lokek,penjimat,takut berbelanja. Barang paling mahal pernah ambo beli untuk diri sendiri setakat idup ni RM30 untuk blouse dan beg tangan.Yang lain semua bawah RM20.

Bukan nak kata apa. Cuma..kalau bercerita soal kualiti,kalau barang mahal katanya kualiti tinggi kan,tapi kalau dah tak pandai jaga,esok pun boleh ranap. Barang murah tapi katanya tak ada kualiti, tapi kalau bersyukur,menghargai,jaga baik punya,kita dah mati sok barang tu elok je lagi. So...marilah jadi pencinta wang.Sungguh!

Money can't buy anything! Seriously? Seriously?

Just The Way

When i see your face
There's not a thing that i would change
Cause u are amazing
just the way u are.....

When u promise me
There's not a word that i would trust
Cause u are a liar
just the way u are.....

When i saw you go
There's not a thing that i would say
Cause u are a selfish 
just the way u are....

When it is over..
This whole world stop and cried for a while
Cause u let this happen
just the way u planned...


Thursday, September 6, 2012

Gadis Coklat Murah

Mama menghulurkan ini :


Cadburry black forest kegilaan awek2 dan balak2 serta pakcik makcik
Terima Kasih mama. Jasamu tidak dapat ku kira dengan jari jemari ini waimah campur dengan jari kaki sekali pun. Meski mama tahu bila anaknya sedih berduka dia pasti akan meracau-racau mencari coklat. Meski mama tahu anaknya memang hantu coklat di kala runsing mahu pun pusing. Meski mamanya tahu dalam dunia ni tak ada benda seenak coklat untuk anaknya ini. Meski mama tahu apa pun benda atau hadiah pampasan yang akan diminta oleh si anak ini pabila berjaya melakukan sesuatu hanyalah sekeping coklat cuma. Mama sangat mengenali anaknya. 

Tapi mama

 Mama belum tahu satu hal yang dia tahu.

Bukan coklat mahal menjadi ukuran. Bukan berapa banyak coklat terbeli yang menjadi tawaran. Bukan.
Dalam jutaan coklat ternama termahal temewah di dunia ini, ada satu yang tetap nombor satu di hati anak ini.
Dan itu dia tahu. Mungkin tahu.

Delio pujaan hati RM0.20 sekeping
**********

"Mama tahu tak mama? Pernah anak mama mengidamkan coklat delio ni, dia sanggup tengah malam pergi kedai belikan anak mama ni 5 keping delio dengan harga RM1 dan tolong hantar sampai depan pagar rumah kita?"

**********

The One

Today, once again, i fall sick. And my mom stay by my side, stroking my hair and said; 
"years already you don't sick like this dear."
Then i saw her tears, well i don't really open my eyes, my head is really throbbing pain! but i'm sure enough she's worried since i heard her voice change throaty. She added ;
"were you thinking a lot lately? why you don't eat, play with others? What make you worry? Is it about him? I've told you before, just forget about him"
her tears start to burst but i stayed lying on the bed, tried to open my eyes, i say nothing, perhaps i tried as hard as i can to hold my tears.
Yeah, i'm totally sad right now, my pain grows, physically and emotionally. I hurt myself and my mom through what i've done.
But, what else can an ordinary young girl like me can do when i'm sad. I just can't hold it any longer.
My heart..it's sick,pain,hurt,broke.
And today, the whole day.. i saw him, everywhere infront of my eyes, and i think i've could been crazy.
Yet i decided to see psychiatry. I kept dreamed of him. The bad one. I kept feel sad and sorrow till i lost all my zeal.
I'm sorry mum if i've ever hurt you, just need some space for me to be normal again, but thanks for always be by my side. Nobody else can love me as you do. 

:mama i <3 u: :mama i <3 u: :mama i <3 u: :mama i <3 u: :mama i <3 u: :mama i <3 u: :mama i <3 u:

something is not right ; lost

24th Birthday

Time 12:00 am
Date 07/09/2012.
Day Friday

Selamat Hari Lahir yang ke 24.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Semoga Allah beri kehidupan yang sejahtera, umur yang panjang, rezeki yang melimpah, keturunan yang terpelihara. Amin ya rab.

Alhamdulillah syukur, Allah beri kesempatan ini untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Lahir" untuk kamu.
Alhamdulillah syukur, Allah masih beri kesempatan untuk kamu bernafas lagi sehingga usia ini.
Alhamdulilah syukur, Allah masih kurniakan kamu teman2 yang sentiasa di sisi untuk bersama kamu di hari2 seperti ini.

Ikhlas dari yg jauh buat kamu


Monday, August 27, 2012

Akhirnya Abah

Rasa tak terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan pertama tanpamu abah di sisi,
Syawal pertama tanpamu abah di sisi,
Lain macam rasanya,

Akhirnya tak sempat juga akak nak kotakan janji2 akak pada abah,
Akhirnya tak sempat juga abah nak ajar akak bawak kereta,
Akhirnya tak sempat juga abah nak berleter terus-terusan buat kerja dapur kat akak,
Akhirnya tak sempat juga abah tengok akak konvo kejap lagi,
Akhirnya tak sempat juga abah merasa gaji pertama akak nanti,
Akhirnya tak sempat juga abah jadi wali akak nanti,
Akhirnya semua dah berakhir kan abah kan.

Semoga kita bertemu lagi.
Mungkin esok. Mungkin lusa.
Bukan mungkin, tapi pasti!
Pasti nanti akak pun akan ikut abah. Abah tunggu aje ye.
Assalamualaikum.

Allahyarham Ismail bin Ahmad bin Jaama bin Raden Kesuma Wijaya